Polis tahan pemandu van sekolah disyaki cabul kanak-kanak 11 tahun
Bernama
Mac 30, 2022 23:49 MYT
Mac 30, 2022 23:49 MYT
SEREMBAN: Polis menahan seorang lelaki di Jalan Persiaran Utama Seremban 2, di sini hari ini kerana disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan berumur 11 tahun.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata lelaki berkenaan ditahan pada pukul 2 petang tadi sementara kejadian dilaporkan berlaku pada 6.20 pagi, dua hari lepas di sekitar Taman Suriaman 3 di sini.
Katanya dalam satu kenyataan polis menerima laporan daripada ibu mangsa dan anaknya itu merupakan penumpang van sekolah yang dipandu oleh lelaki berusia 41 tahun itu.
Beliau berkata kes disiasat dibawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
-- BERNAMA