Polis tahan pegawai tentera kerana cabul kakitangan bawahan
Astro Awani
Oktober 5, 2024 20:33 MYT
Oktober 5, 2024 20:33 MYT
KUALA LUMPUR: Seorang pegawai tentera ditahan kerana disyaki mencabul kakitangan bawahannya beberapa kali di sebuah premis kerajaan di Kok Lanas, Kota Bharu.
Suspek yang berusia lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira jam 6.30 petang Jumaat selepas laporan polis dibuat oleh mangsa.
Mangsa dikatakan membuat laporan polis pada Khamis (3 Oktober) lebih kurang 7.16 malam di IPD Kota Bharu.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, mangsa yang berusia lingkungan 30-an mendakwa dicabul pegawai atasannya beberapa kali.
"Suspek kini ditahan reman tiga hari bermula hari ini hingga Isnin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Kesekasaan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.