Polis tahan lelaki warga asing seludup lebih 8,000 botol minuman keras

Bernama
Februari 4, 2023 23:43 MYT
Polis menahan seorang lelaki warga asing kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penyeludupan minuman keras di Cheras, semalam. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki warga asing kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penyeludupan minuman keras di Cheras, semalam.
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata lelaki berusia 47 tahun itu ditahan kira-kira pukul 6 petang di sekitar Kampung Bohol, Bukit Jalil, di sini.
"Polis turut merampas 3,694 botol dan 4,920 tin arak pelbagai jenama, dengan jumlah nilai rampasan keseluruhan termasuk cukai dianggarkan RM270,000," katanya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata suspek kini direman sehingga 15 Feb bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 15 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
-- BERNAMA
#polis tahan #lelaki warga asing #penyeludupan minuman keras #Polis Daerah Cheras
;