IPOH: Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung rakaman klip video mengenai perbuatan khianat dan mendatangkan kecederaan di sebuah premis makanan di sini yang tular di media sosial sejak Jumaat.
"Siasatan pihak polis terhadap video itu telah menghasilkan tangkapan ke atas seorang lelaki warga tempatan berusia lingkungan 30-an, iaitu individu yang dipercayai bertanggungjawab ke atas kejadian tersebut," kata Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan dalam satu kenyataan di sini semalam.
Katanya suspek direman selama empat hari bermula Sabtu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan Seksyen 427 akta sama kerana melakukan khianat.
Yahaya berkata pihaknya turut menerima laporan polis daripada waris suspek yang menyatakan suspek telah dipukul orang ramai di tempat kejadian semasa insiden itu.
"Orang ramai dinasihatkan agar tidak bertindak melangkaui atau meletakkan undang-undang di tangan sendiri dalam apa jua keadaan dan tidak membuat sebarang spekulasi mengenai video tersebut yang boleh menjejaskan siasatan polis," katanya dan menambah pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut merangkumi semua aspek mengenai kejadian itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 05 2022
Polis turut menerima laporan yang menyatakan suspek telah dipukul orang ramai di tempat kejadian semasa insiden itu. - Gambar hiasan BERNAMA
Perak perlu lebih 57,000 unit rumah menjelang 2030
Perak memerlukan 57,407 unit rumah menjelang 2030, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
Perdagangan Malaysia naik 12.1 peratus, eksport meningkat 9.1 peratus pada April - MITI
Perdagangan Malaysia mengekalkan prestasi kukuh dan trend peningkatan pada April 2024 dengan merekodkan pertumbuhan dua digit 12.1 peratus kepada RM221.74 bilion berbanding April 2023.
China rakan penting Malaysia dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital - Teo
China merupakan rakan kongsi penting dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital di Malaysia.
Kematian Raisi, Amirabdollahian kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam - Mohamad
Kematian Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luarnya, Dr Hossein Amirabdollahian merupakan satu kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam.
AWANI Ringkas: Kes denggi meningkat, 40 maut sejak Januari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Luncur air di tengah padang pasir di Arab Saudi
Aquarabia ialah sebuah taman tema air dengan kolam ombak buatan manusia terbesar di Asia Barat.
Jenazah suspek serang Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan
Jenazah suspek lelaki yang mati ditembak dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan di Pusara Islam Sungai Tiram, Ulu Tiram.
Elon Musk lancar Starlink di Indonesia
ELON Musk dan Menteri Kesihatan Indonesia Budi Gunadi Sadikin, telah melancarkan perkhidmatan Starlink di Indonesia semalam.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 2 anggota terkorban diklasifikasi Syahid Akhirat
Jawatankuasa Fatwa mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dan simpati ke atas suspek di atas tindakannya membunuh polis.
Lai Ching-te bakal angkat sumpah sebagai presiden baharu Taiwan
Lai Ching-te dari Parti Progresif Demokratik yang memerintah Taiwan, dijadualkan mengangkat sumpah dan memulakan tugas sebagai presiden pulau itu pada Isnin.
Polis tahan tiga lelaki disyaki terlibat pergaduhan perlawanan bola sepak
Polis menahan tiga lelaki dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan perlawanan bola sepak antara kelab NAG FC dengan KESA FC di Kompleks Sukan Negeri Terengganu.
Tular: Polis tahan dua lelaki pukul sepasang kekasih
Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kejadian sepasang kekasih dipukul di kawasan Bandar Baru Air Itam, di Pulau Pinang.
Bayi maut dipercayai didera, 9 termasuk ibu muda ditahan bantu siasatan
Polis menahan sembilan individu susulan kematian seorang bayi lelaki berusia 12 bulan yang maut dipercayai akibat didera.
Polis Melaka tahan warga Nepal bantu siasatan kes bunuh
Seorang pemuda warganegara Nepal ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang lelaki yang ditemukan mati di sebuah rumah kedai di Taman Merdeka, Batu Berendam.
Pukul anjing cedera: Tiga lelaki ditahan polis
Polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan kerana disyaki menyerang anjing yang terjatuh dalam longkang di Kampung Teluk Tempoyak, Batu Maung, Pulau Pinang semalam.
Lima ditahan, 15 kes pemerasan, simbah asid di Pulau Pinang selesai
Polis menyelesaikan 15 kes pemerasan, simbah asid serta cat membabitkan 13 premis menjual kenderaan terpakai dan baharu, di sini selepas penahanan lima suspek warga tempatan.
Polis Jerman tahan lelaki cuba bakar masjid
Seorang lelaki cuba membakar sebuah masjid di bandar Dresden di tenggara Jerman pada lewat petang Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik kenyataan polis.
Samun emas RM1.8 juta di Kuala Pilah, polis tahan lelaki 50-an
Polis menahan seorang lelaki susulan kejadian samun bersenjata parang panjang di lorong belakang sebuah kedai emas di Kuala Pilah pada pagi Rabu.
Tiga lagi individu ditahan kes larikan lelaki
Tiga lagi individu termasuk seorang wanita ditahan bagi menyelesaikan kes melarikan seorang lelaki di hadapan sebuah hotel di Shahab Perdana, di sini pada Isnin lepas.
Budak 7 tahun mangsa rogol, dera ditemui tepi jalan, polis tahan 3 suspek
Polis menahan dua lelaki dan seorang perempuan yang disyaki terbabit kes rogol dan dera seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun.