Polis tahan dua pelajar IPT disyaki muat naik poster berunsur provokasi

Astro Awani
Februari 18, 2015 12:40 MYT
Polis tahan dua pelajar IPT disyaki memuatnaik poster berunsur provokasi. -IGP
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan dua pelajar institut pengajian tinggi (IPT) yang disyaki memuat naik poster berunsur provokasi di media sosial.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata poster provokasi yang dimuat naik dua pelajar tersebut berkaitan bantahan terhadap sistem keadilan di mahkamah.
Menulis di laman Twitter peribadinya, Khalid memaklumkan pelajar dari Universiti Selangor (Unisel) dan Universiti Sains Malaysia (USM) itu akan ditahan reman.
"PDRMsia semlm telah menahan 2 Penuntut, Unisel dan USM kerana muat naik berikut. Mereka akan di reman," tulis beliau.

@PDRMsia semlm telah menahan 2 Penuntut, Unisel dan USM kerana muat naik berikut. Mrk akan di reman. pic.twitter.com/IRjkCRyvMh

— Khalid Abu Bakar (@KBAB51) February 18, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#@pdrmsia #kbab51 #Khalid Abu Bakar #PDRM #polis #Unisel #USM
;