MERSING: Polis menahan dua lelaki kerana dipercayai memiliki pelbagai jenis mercun dan bunga api tanpa lesen, dalam dua serbuan berasingan di daerah ini.
Ketua Polis Daerah Mersing Supt Abdul Razak Abdullah Sani berkata kedua-dua lelaki berusia 30 dan 34 tahun itu ditahan pada 28 Mac lepas dan semalam, selain turut merampas kesemua barangan tersebut yang dianggarkan bernilai RM16,200.
Beliau berkata serbuan ke atas kediaman di Endau dan Felda Tenggaroh itu, dilakukan oleh pasukan Polis Marin Wilayah Dua Mersing hasil daripada risikan.
"Antara yang dirampas adalah 86 kotak kecil 'Happy Boom Bee', 48 kotak 'Happy Boom Cili Padi', 40 kotak 'Happy Boom Pili Cracker', 40 bungkus mercun bola Thai dan 37 kotak 'Happy Boom Glow of Sunset' serta 36 kotak 'Happy Boom Mancis'.
"Dipercayai mercun tersebut yang diperoleh dari luar Mersing itu, adalah bagi memenuhi permintaan dan pasaran tempatan menjelang Aidilfitri," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing hari ini.
Bagaimanapun, Abdul Razak berkata hasil semakan mendapati kedua-dua lelaki terbabit tidak mempunyai rekod lampau.
Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957, yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika disabit kesalahan.
"Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan penjualan mercun boleh menghubungi IPD Mersing di talian 07-7992222 atau hotline 07-7996224 atau datang ke balai polis berhampiran," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 04 2023
Serbuan ke atas kediaman di Endau dan Felda Tenggaroh itu, dilakukan oleh pasukan Polis Marin Wilayah Dua Mersing hasil daripada risikan. - Gambar Bernama
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Angka korban kebakaran Los Angeles meningkat kepada 28
Menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California, setakat ini, empat kebakaran liar masih berlaku di seluruh Los Angeles County.
11 penumpang maut, ramai cedera dalam nahas kereta api di Maharashtra, India
Sekurang-kurangnya 11 penumpang maut manakala ramai lagi cedera selepas dilanggar oleh sebuah kereta api di negeri Maharashtra, India, pada Rabu.
10 Berita Pilihan - (22 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis – 23 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kebakaran resort ski, Presiden Turki hadir beri penghormatan terakhir
Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan takziah serta mendoakan agar mereka dirahmati oleh tuhan.
Derita rakyat Palestin terbalas jika Netanyahu ditangkap
Selepas gencatan senjata berkuat kuasa di Gaza pada Ahad lalu, masyarakat dunia mempunyai satu lagi misi iaitu mengheret Benjamin Netanyahu ke muka pengadilan.
Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia, Badlishah Sham Baharin berkata, membiarkan Perdana Menteri Israel itu kekal bebas adalah penghinaan terhadap nilai keadilan.
Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia, Badlishah Sham Baharin berkata, membiarkan Perdana Menteri Israel itu kekal bebas adalah penghinaan terhadap nilai keadilan.
ASEAN: Kenal pasti kepelbagaian risiko, tambah baik dasar ekonomi
Polisi ekonomi ASEAN perlu diperbaiki dengan fokus diberikan terhadap peningkatan perdagangan dan pelaburan antara negara anggota.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Petunjuk positif pertama dalam beberapa bulan kebelakangan ini adalah kesediaan untuk keterlibatan, dan saya beri jaminan kepada mereka melalui hubungan rakan-rakan dan pelbagai agensi, terutamanya agensi perisikan, bahawa kami bukan di sini untuk mengenakan apa-apa tindakan.
Tadbir urus sistem, walaupun dalam ASEAN, sedikit berbeza. Malaysia atau Singapura atau Vietnam, Lao, mereka juga agak berbeza. Selagi mereka mewakili beberapa bentuk demokrasi, kita tidak mengenakan apa-apa paksaan.
Tadbir urus sistem, walaupun dalam ASEAN, sedikit berbeza. Malaysia atau Singapura atau Vietnam, Lao, mereka juga agak berbeza. Selagi mereka mewakili beberapa bentuk demokrasi, kita tidak mengenakan apa-apa paksaan.
Pelancong Islam: 4.82 juta pelancong, pendapatan lebih RM15 bilion tahun lalu
Indonesia, Brunei, Pakistan, Arab Saudi dan Kazakhstan merupakan lima negara yang menyumbang kepada ketibaan pelancong Islam tertinggi ke Malaysia.
Pemangku Sultan Johor kecewa gangguan bekalan air pada Aidilfitri
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa kecewa berikutan isu gangguan bekalan air yang berlaku di negeri ini ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini.
Sultan Ibrahim berkenan hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
MAIWP sumbang lebih RM16 juta kepada asnaf sempena Aidilfitri tahun ini
Sumbangan khas sempena Hari Raya itu melibatkan 32,250 asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.
Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air
Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.
'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya
Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.
Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah
Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah hari ini.
Aliran trafik semakin sesak, kemalangan di beberapa kawasan
Aliran trafik sesak selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar setakat jam 4.50 petang.
Kegembiraan rai Aidilfitri bertukar tragedi
Nahas yang berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah malam itu menyebabkan mangsa Nurul Izati Yunus, 23, meninggal dunia di tempat kejadian.