ALOR SETAR: Polis menahan dua lelaki dan merampas heroin base serta pil kuda bernilai RM1.4 juta dalam operasi di sekitar Changlun, dekat sini Jumaat lepas.
Ketua Polis Kedah Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, dalam serbuan pertama pada 11 pagi, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah menahan seorang lelaki berusia 42 tahun yang memandu sebuah kereta di Kampung Changhai, Changlun.
"Pemeriksaan di bonet belakang kereta lelaki itu yang bekerja sebagai wireman, menemukan 40 ketulan mampat yang dibalut pita pelekat serta kertas minyak disyaki mengandungi dadah jenis heroin base dengan anggaran berat 15,023.75 gram.
"Turut dijumpai satu peket plastik warna ungu mengandungi 110 biji pil kuda warna merah dan empat biji pil kuda warna hijau anggaran berat lebih kurang 12 gram," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Katanya, susulan tangkapan itu, lebih kurang 2 petang pada hari sama, seorang lagi lelaki berusia 37 tahun ditahan di sebuah rumah di Kampung Padang, Mukim Temin di Changlun.
"Suspek kedua yang juga pemandu lori ditangkap kerana disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah yang sama," katanya.
Kamarul Zaman berkata heroin base berkenaan dipercayai diseludup dari negara jiran untuk pasaran negeri di selatan tanah air dan dianggar boleh digunakan oleh lebih 900,000 penagih.
Katanya, turut dirampas ialah sebuah kenderaan jenis Mitsubishi Storm, seutas rantai, seutas gelang serta wang tunai RM5,030 dengan nilai keseluruhan rampasan barangan termasuk wang tunai berjumlah RM47,149.
Menurutnya, ujian saringan air kencing menunjukkan kedua-dua suspek positif methamphetamine, namun mereka tiada rekod jenayah lampau.
Beliau berkata kedua-dua suspek direman selama tujuh hari hingga 17 Sept dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Sementara itu, pada sidang media sama, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Superintendan Rodzi Abu Hasan berkata seorang wanita Thailand ditahan di sebuah rumah di Kampung Janggus, Mukim Hosba kerana memiliki selaras senjata api buatan sendiri (senapang angin) bersama 36 butir peluru menggunakan biji guli.
"Wanita itu berusia 40-an dan senapang itu dipercayai milik teman lelakinya, namun lelaki itu tiada di rumah ketika serbuan dan pihak polis sedang giat mengesan suspek terbabit.
"Mereka dipercayai sudah lama masuk ke negara ini iaitu pada 2001 namun pasport sudah mati, mereka bekerja sebagai penoreh getah dan menyewa sebuah rumah," katanya yang memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 6(1) Akta Imigresen.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 13 2021
Pemeriksaan di bonet belakang kereta lelaki itu menemukan 40 ketulan mampat yang dibalut pita pelekat. - Bernama
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Remaja, belia terlibat dadah akibat daripada masalah dalam persekitaran sosial - AADK
Penglibatan remaja dan belia dengan najis dadah berpunca daripada keretakan masalah sosial.
Berhati-hati pilih kawan, jauhi dadah - Bekas penghuni penjara
"Berhati-hati dalam memilih kawan dan jauhi dadah," nasihat seorang bekas penghuni penjara warga emas kepada masyarakat di luar.
Biden hormati proses kehakiman, terima keputusan kes anak
Biden juga akan menghormati proses kehakiman apabila anaknya mempertimbangkan rayuan.
812 individu ditahan dalam Op Tapis Bersepadu, Op Bersepadu Sempadan
812 individu ditahan disyaki memiliki dadah menerusi Op Tapis Bersepadu dan Op Bersepadu Sempadan di negeri ini sejak 16 Mei hingga semalam.
Polis tumpas sindiket edar dadah guna PATI, rampas 9kg heroin
Polis turut menahan seorang lelaki warga Indonesia berusia 40 tahun yang berada di dalam rumah berkenaan.
Penganggur berdepan hukuman mati, didakwa edar 9.2kg heroin
Tertuduh, A Nathan, 48 tahun, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Siti Nora Sharif.
Polis tahan dua lelaki, rampas 1,064 pil yaba
Polis menahan seorang penganggur berusia 20-an di Kampung Cherang Melintang, Chabang Empat dan merampas 542 pil yaba dalam beg silang miliknya.
Kes dadah: Peniaga lega terlepas hukuman mati
Lim yang gembira dengan keputusan mahkamah sempat berterima kasih kepada peguam, K Mahendran, sebaik keputusan pendakwaan dibacakan hakim.
Penghantar barang ditahan bersama 41.28 kg dadah, 300 botol vape mengandungi ganja
Risikan lebih sebulan dilakukan terhadap pergerakan lelaki itu yang berperanan sebagai pengedar dadah di sekitar Melaka sejak awal 2023.
Malaysia sita RM990 juta harta berkaitan jenayah dadah sejak 2019 - Saifuddin Nasution
Malaysia kekal teguh melaksanakan strategi berkesan untuk memerangi ancaman jenayah dadah melalui penguatkuasaan undang-undang yang ketat.