Polis tahan buruh, rampas dadah bernilai lebih RM30,000

Bernama
Ogos 16, 2024 12:30 MYT
Azli berkata lelaki berusia 34 tahun itu ditahan di rumahnya kira-kira 5.30 petang petang Khamis. - Foto Bernama
KUALA TERENGGANU: Polis menahan seorang buruh dan merampas pelbagai dadah seberat 553.7 gram yang dianggar bernilai RM33,038 di Tok Adis, Kuala Ibai, dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata lelaki berusia 34 tahun itu ditahan di rumahnya kira-kira 5.30 petang.
"Pemeriksaan dalam beg silang lelaki itu menemukan pil kuda dan heroin yang dibungkus dalam peket dan botol plastik.
"Polis turut menyita wang tunai RM200 dan sebuah kereta Perodua Axia daripadanya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata lelaki terbabit yang didapati positif terhadap dadah jenis Methamphetamine dan memiliki tujuh rekod lampau berkaitan dadah kini disiasat mengikut Seksyen 39B serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
#polis tahan buruh #polis Kuala Terengganu #Rampas dadah #pil kuda #heroin