Polis tahan 18 individu sertai perhimpunan depan Balai Polis Jinjang

Bernama
Mei 23, 2013 08:41 MYT
Seramai 18 individu, termasuk empat wanita, ditahan ketika berhimpun di depan Balai Polis Jinjang dekat sini di mana aktivis mahasiswa pakatan rakyat Adam Adli Abdul Halim ditahan, Rabu malam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah, dalam sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama, berkata mereka ditahan kerana gagal mematuhi arahan polis supaya beredar selepas diberi masa 10 minit.
Perhimpunan itu bermula pada kira-kira 8 malam, dan jalan masuk ke balai polis berkenaan ditutup.
Adam Adli, penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang digantung pengajian kerana menurunkan bendera memaparkan wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dalam satu demonstrasi 17 Dis lepas.
Adam Adli menyertai beberapa badan bukan kerajaan antikerajaan mendesak satu perhimpunan jalanan besar-besaran untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap proses pilihan raya umum pada 5 Mei lepas.
#Adam Adli #Jinjang
;