Polis siasat Setiausaha Politik ADUN pembangkang Perak

Bernama
Julai 20, 2022 19:55 MYT
Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata proses siasatan ke atas lelaki berkenaan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) JSJ Bukit Aman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh. - Gambar fail/BERNAMA
IPOH: Polis telah merakam percakapan seorang Setiausaha Politik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada sebuah parti pembangkang di Perak berhubung sebuah video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya mengenai isu kenaikan harga minyak masak.
Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata proses siasatan ke atas lelaki berkenaan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.
"Kita boleh sahkan memang ada siasatan dijalankan oleh pegawai USJT JSJ Bukit Aman dan mereka menggunakan lokasi di IPD Ipoh untuk merakam percakapan subjek (individu)," katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Perak di Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara di sini hari ini.
-- BERNAMA
#setiausaha politik #ADUN pembangkang Perak #polis perak #Mior Faridalathrash Wahid #video #TikTok #harga minyak masak
;