Polis siasat maklumat rasmi rahsia tersebar di WhatsApp

Astro Awani
Ogos 21, 2019 19:36 MYT
PDRM juga menyiasat mengikut Seksyen 203A(2) akta sama. Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau penjara setahun atau kedua-duanya.
Polis sedang menyiasat penyebaran maklumat rasmi yang diklasifikasikan sebagai rahsia yang disebarkan menerusi aplikasi Whatsapp.
Menurut Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Asmawati Ahmad, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 203A(1) Kanun Keseksaan bagi mencari punca kebocoran maklumat.
"PDRM juga menyiasat mengikut Seksyen 203A(2) akta sama. Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau penjara setahun atau kedua-duanya.
"Mana-mana pihak yang memiliki apa jua maklumat terkelas (classified) yang diterima melalui apa sahaja cara hendaklah tidak dikongsi atau menyebarkannya,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Beliau juga menyeru mana-mana pihak untuk tampil membantu siasatan polis.
#Asmawati Ahmad #maklumat rasmi polis #PDRM #WhatsApp
;