Polis siasat laporan ugutan bunuh wartawan

Bernama
September 9, 2019 06:00 MYT
SUNG CHEW: NUJ amat prihatin mengenai insiden ini dan akan terus memantau keselamatan wartawan. -Gambar fail
Polis sedang menyiasat laporan seorang wartawan wanita Berita Harian yang mendakwa beliau diugut bunuh menerusi emel baru-baru ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Brickfields Supt Arifai Tarawe ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan daripada wartawan berkenaan, Ahad lalu.
“Siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan (membuat ugutan jenayah),” katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Chin Sung Chew menuntut supaya polis menjalankan siasatan secepat mungkin terhadap tindakan mengugut bunuh wartawan tersebut.
“NUJ amat prihatin mengenai insiden ini dan akan terus memantau keselamatan wartawan,” katanya.
-- BERNAMA
#Chin Sung Chew #Kesatuan Wartawan Kebangsaan #NUJ #Polis Daerah Brickfields #Seksyen 507 Kanun Keseksaan #ugut bunuh wartawan #ugutan jenayah #wartawan Berita Harian
;