Polis siasat dakwaan pesakit COVID-19 langgar kuarantin, bebas ke tempat awam

Astro Awani
Januari 24, 2021 22:38 MYT
Menerusi Twitter, pesakit itu memberitahu ada keluar ke tempat umum beberapa kali, termasuk untuk membeli belah dan membeli makanan. - Foto/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Polis sedang menyiasat dakwaan seorang lelaki yang mengakui bebas ke tempat awam walaupun positif COVID-19.
Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, satu laporan polis telah dibuat oleh seorang kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung perkara itu.
"Kita akan siasat kes ini di bawah Seksyen 12 (1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Seksyen 269 Kanun Keseksaan," katanya seperti yang dipetik dari Sinar Harian.
Menerusi Twitter, seorang pengguna mendakwa dia yang sudah tiga hari disahkan positif COVID-19, masih belum menerima maklumat atau panggilan daripada Pejabat Kesihatan Daerah.
Dia juga memberitahu ada keluar ke tempat umum beberapa kali, termasuk untuk membeli belah dan membeli makanan.
#COVID-19 #Kementerian Kesihatan #KKM #Twitter #bebas ke tempat awam #kuarantin #positif COVID-19 #Polis Selangor
;