Polis siasat dakwaan pemandu Volkswagen diserang
Sinar Harian
Mei 20, 2022 07:00 MYT
Mei 20, 2022 07:00 MYT
GOMBAK: Tanda tanya sebuah kereta jenis Volkswagen yang ditinggalkan di tepi jalan dalam keadaan tidak berkunci serta terdapat kesan darah terjawab apabila pemandu kereta berkenaan dipercayai diserang sekumpulan individu dalam kejadian di Jalan Besar Pekan Kundang di sini pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, kereta berkenaan ditemui anggota unit kereta peronda yang menjalankan tugas rondaan di sekitar kawasan tersebut.
Menurutnya, rondaan dijalankan anggota polis bertugas menemukan kereta tersebut kira-kira jam 2.15 pagi.
"Bilik Gerakan IPD Gombak menerima maklumat kira-kira jam 3.04 pagi berkaitan seorang lelaki tempatan mengalami kecederaan dan sedang mendapatkan rawatan di sebuah klinik kawasan di Taman Desa, Bandar Country Homes, Rawang.
"Hasil siasatan awal mendapati mangsa seorang lelaki tempatan berumur 48 tahun mendapat kecederaan luka di bahagian muka, bahu kanan dan belakang leher," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Katanya, mangsa telah dibawa oleh orang awam bagi mendapatkan rawatan di klinik berkenaan.
"Mangsa dipercayai telah diserang oleh beberapa lelaki yang tidak dikenali dan lokasi kejadian sebenar kejadian masih dalam siasatan.
"Mangsa berada dalam keadaan stabil dan masih mendapatkan rawatan di Hospital Selayang," katanya.
Disyorkan artikel ini:
Polis KL banteras kegiatan jual dadah tepi jalan, pusat hiburan
Polis Shah Alam buru pemandu kereta langgar penunggang motosikal
Polis siasat dakwaan anjing liar mati diracun di Tasik Cermin
Tiga tahun jejaki komunis di hutan
Moral polis di AS jatuh
Menurutnya, motif dan punca kejadian sebenar masih dalam siasatan.
"Kes disiasat dibawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata," katanya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/203257/BERITA/Semasa/Polis-siasat-dakwaan-pemandu-Volkswagen-diserang
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
#pemandu Volkswagen diserang
#Zainal Mohamed Mohamed
#Volkswagen ditinggal di tepi jalan
#Jalan Besar Pekan Kundang