Polis siasat dakwaan pekerja OKU dipukul
Sinar Harian
Disember 25, 2024 18:19 MYT
Disember 25, 2024 18:19 MYT
KUALA LUMPUR: Polis menjalankan siasatan berhubung pergaduhan dua individu termasuk seorang pekerja kurang upaya (OKU) di sebuah restoran makanan segera pada Selasa.
Ringkasan AI
- Polis sedang menyiasat pergaduhan antara dua individu, termasuk seorang pekerja OKU, di sebuah restoran makanan segera. Kes disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan.
- Seorang wanita mendakwa anaknya, seorang pekerja OKU, dipukul oleh rakan sekerja, menyebabkan luka dan bengkak di muka, dada, tangan, serta hampir pengsan.
- Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohammad Lazim Ismail, mengesahkan laporan telah diterima dan siasatan terperinci sedang dijalankan.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohammad Lazim Ismail berkata, laporan sebelum itu diterima individu terlibat.
"Siasatan terperinci berhubung kes ini sedang dijalankan.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan," katanya pada Rabu.
Terdahulu, seorang wanita mendakwa anaknya yang merupakan pekerja OKU dipukul rakan sekerja di sebuah restoran makanan segera di sini.
Menerusi hantaran di media sosial itu, wanita itu turut mendakwa kejadian mengakibatkan mangsa mengalami luka dan bengkak di muka, dada, tangan, dan hampir pengsan ketika pulang ke rumah. -Sinar Harian