Polis siasat blog dakwa timbalan menteri ada hubungan sulit
Bernama
September 25, 2018 12:47 MYT
September 25, 2018 12:47 MYT
Polis Sabah sedang menyiasat penulis sebuah blog yang mendakwa seorang timbalan menteri persekutuan mempunyai hubungan sulit dengan pegawai khasnya.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata siasatan itu dijalankan susulan dua laporan polis yang diterima, masing-masing daripada Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar Isnaraissah Munirah Majilis dan isteri kepada pegawai khasnya.
Semua pihak diminta tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan ini selesai, katanya kepada pemberita selepas merasmikan upacara perbarisan dan amanat Pesuruhjaya Polis Sabah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, Kepayan di sini hari ini.
Difahamkan, Isnaraissah Munirah yang juga Ahli Parlimen Kota Belud dan Ketua Wirawati Parti Warisan Sabah (Warisan), mengetahui tentang artikel itu menerusi pautan yang dihantar kepadanya oleh seorang kawan melalui aplikasi WhatsApp.
--BERNAMA
#Ahli Parlimen Kota Belud
#blog
#hubungan sulit
#Isnaraissah Munirah Majilis
#Omar Mammah
#Parti Warisan Sabah
#pegawai khas
#penulis
#siasatan
#spekulasi
#Timbalan Menteri