Polis siasat agensi pembersihan dan syarikat penyediaan makanan KLIA

Astro Awani
April 13, 2014 04:30 MYT
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperluaskan siasatan tragedi MH370 terhadap agensi pembersihan dan syarikat penyediaan makanan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, langkah itu bagi memastikan siasatan menyeluruh dilakukan dengan mengumpul bukti-bukti berkaitan.
Khalid bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai hasil siasatan berkenaan.
Pihak polis katanya khuatir ulasan lanjut mengenainya akan mengganggu perjalanan proses siasatan.
Setakat ini, polis sudah mengambil lebih 200 keterangan pelbagai pihak termasuk anggota keluarga penumpang dan anak kapal MH370 dan lebih ramai individu akan dipanggil untuk membantu siasatan.
Beliau ditemui semasa majlis penutup kejohanan sepak takraw dan bola jaring Piala Ketua Polis Negara di Kompleks Sukan Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok. Kedah.
#Ketua Polis Negara #Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) #Polis Diraja Malaysia (PDRM) #Tan Sri Khalid Abu Bakar