Polis serbu tayangan filem kontroversi 'No Fire Zone'

Syafique Shuib
Julai 3, 2013 23:13 MYT
Pihak polis bertindak menyerbu tayangan filem kontroversi “No Fire Zone’ yang berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur malam tadi.
Serbuan dibuat sejurus filem itu selesai ditayangkan sekitar 8.30 malam.
Susulan itu juga 3 individu dari sebuah badan bukan kerajaan, Pusat Komas yang dipercayai penganjur tayangan itu, telah dibawa ke Balai Polis Dang Wangi untuk disoalsiasat.
Turut terbabit dalam serbuan itu adalah pegawai-pegawai dari Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen.
Dipercayai pihak kedutaan Sri Lanka di Kuala Lumpur telah membuat satu aduan mengenai penayangan filem itu yang antara lain didakwa memaparkan kekejaman tentera Sri Lanka itu ke atas penduduk minoriti Tamil di utara negara itu.
Penonton dikatakan hanya perlu menunjukkan MyKad sebelum dibenarkan masuk ke dalam dewan yang berkapasiti 150 orang.
#No Fire Zone #Sri Lanka
;