Polis serbu pejabat Empower di Petaling Jaya

Bernama
November 28, 2016 12:07 MYT
Fadzil berkata serbuan di pejabat badan bukan kerajaan (NGO) itu dilakukan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman.
Polis menyerbu pejabat Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower) di Jalan PJS4, Petaling Jaya dekat sini, hari ini serta menyoal siasat beberapa kakitangan di situ.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat ketika dihubungi mengesahkan serbuan dibuat, namun enggan mengulas lanjut.
Fadzil berkata serbuan di pejabat badan bukan kerajaan (NGO) itu dilakukan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman.
Sementara itu, Empower menerusi laman Twitter rasminya berkata staf di situ disoal siasat mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan.
Seksyen berkenaan merujuk kepada cubaan untuk melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.
Difahamkan polis turut mengambil beberapa dokumen dari pejabat itu. -- Bernama
#empower #Fadzil Ahmat #polis serbu #Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman