Polis serbu 'call centre' sindiket judi dalam talian, 42 warga China diberkas
Astro Awani
Jun 17, 2020 08:05 MYT
Jun 17, 2020 08:05 MYT
Empat unit kondominium mewah yang dijadikan 'call centre' bagi satu sindiket judi dalam talian diserbu polis pada Selasa.
Premis yang terletak di Jalan Tun Razak itu diserbu hasil maklumat dan risikan yang dilakukan pasukan D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju.
Dalam serbuan yang bermula jam 5.30 petang itu, 42 warga China termasuk dua wanita berusia 23 tahun dan 35 tahun diberkas.
Menurut polis, setiap unit kondominium yang turut menjadi tempat tinggal pekerja pusat itu disewa dengan harga RM6,500 sebulan.
Mereka dibayar gaji sehingga RM2,700 sebulan untuk mendapatkan pelanggan.
Modus operandi sindiket itu adalah dengan mempromosikan judi dalam talian kepada warganegara China.
Polis percaya sindiket ini sudah beroperasi selama dua bulan dan didalangi warga negara itu.
Kesemua yang ditangkap dibawa ke IPK Kuala Lumpur untuk proses dokumentasi.
#call centre
#China
#dalam talian
#IPD Wangsa Maju
#IPK Kuala Lumpur
#judi
#kondominium
#Kuala Lumpur
#Macau Scam
#polis
#serbuan
#sindiket
#warga asing