KUALA LUMPUR: Polis berjaya menyelamatkan lima individu warga tempatan yang dikurung oleh sindiket penipuan dalam serbuan di sebuah kondominium di Jalan Kuching di sini pada Jumaat lepas.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata mangsa yang terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita diselamatkan susulan siasatan polis dalam kes pembunuhan di sebuah bilik hotel di Jalan Ceylon Sabtu lepas.
Beliau berkata pada Jumaat, seorang wanita berusia 20-an telah membuat laporan polis selepas gagal menghubungi suaminya yang keluar rumah sejak 29 Julai.
"Wanita itu memberitahu suaminya berada di sebuah kondominium di Jalan Kuching, Kuala Lumpur dan hasil maklumat berkenaan, sepasukan anggota polis telah ke kondominum tersebut dan berjaya menyelamatkan lima individu terbabit, tujuan mereka dikurung masih disiasat," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.
Azmi berkata siasatan ke atas lima individu berkenaan telah membawa polis ke sebuah bilik hotel di Jalan Ceylon di mana mayat suami wanita itu yang berusia 28 tahun ditemukan terbaring dipercayai dibunuh.
"Siasatan terhadap kamera litar tertutup hotel berkenaan berjaya mengesan lima individu yang memasuki bilik bersama mangsa dan dua serbuan telah dilakukan di Jalan Kuching serta di sebuah kediaman di Bangsar South dan berjaya menahan tujuh suspek lelaki warga tempatan berusia 18 hingga 26 tahun," katanya.
Azmi berkata polis turut merampas 34 keping kad bank, 35 keping kad sim, 31 unit telefon bimbit, sebuah komputer riba, sepucuk pistol angin, sebuah motosikal dan sebuah kereta daripada kesemua suspek.
"Siasatan awal mendapati suspek terlibat dengan sindiket penipuan manakala mangsa merupakan keldai akaun yang digunakan oleh sindiket berkenaan.
"Kesemua suspek direman sehingga 6 Ogos bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan motif pembunuhan masih dalam siasatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 02 2021
![Polis selamatkan lima individu dikurung sindiket penipuan Polis selamatkan lima individu dikurung sindiket penipuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/61627915094_DatukAzmiAbuKassi.jpg)
Datuk Azmi Abu Kassim (tengah) menunjukkan sepucuk pistol angin yang dirampas daripada tujuh lelaki warganegara tempatan yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan seorang lelaki di sebuah hotel di Jalan Bukit Ceylon. - Foto BERNAMA
![Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658407048_Cabul.jpg)
Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Polis menahan seorang pelancong lelaki warga Maghribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi wanita rakyat tempatan di Pulau Perhentian.
Warga Thailand seludup diesel dihadapkan mahkamah
Seorang pemandu lori warga Thailand dihadapkan ke mahkamah atas menyeleweng 322 liter minyak diesel minggu lalu.
ADUN Rembia sertai Pas: YB Kampar minta buka riben putih
Susulan pengumuman ADUN Rembia sertai Pas dalam sidang media, YB Kampar, Chong Zhemin kemuka Peraturan Mesyuarat dan menyifatkan satu penghinaan besar buat Parlimen.
#SisiTVParlimen
#AWANInews
#SisiTVParlimen
#AWANInews
![Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720590984_DatukSeriMohamadH.jpg)
Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad
Mohamad Hasan berkata buat masa ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran di lapangan telah meliputi 175.96 km atau 33.3 peratus daripada keseluruhan jarak sempadan.
Kim Pan Gon undur diri kesan kepada Harimau Malaya
Apa reaksi peminat Harimau Malaya dan penganalisis sukan mengenai peletakan jawatan Kim Pan-Gon?
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
![Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712121864_TBADLYZAHARIjp.jpg)
Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk
Perkara itu dimaklumkan pihak Aerotree Defence and Services Sdn Bhd iaitu syarikat yang dipertanggungjawabkan dalam kontrak perolehan perkhidmatan sewaan helikopter berkenaan.
Keghairahan final Euro 2024 dibawakan ke restoran mamak
Kemeriahan dan keghairahan perlawanan final UEFA EURO 2024 antara Sepanyol dengan England di Berlin, Jerman dirasai di Malaysia, dibawakan oleh 'Astro BizOne Watch Party' di Restoran Hakim, Seksyen 7, Shah Alam.
![Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721115027_MuhammadAdiLagik.jpg)
Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas
Polis sedang berusaha mengesan seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang oleh keluarganya di Kuala Pilah sejak enam hari lepas.
[TERKINI] Sidang media khas FAM
FAM adakan satu sidang media khas petang nanti, difahamkan berkaitan rombakan. Kepimpinan tertinggi FAM atau barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya?
![Nur Farah Kartini dipercayai dibunuh, penjawat awam ditahan Nur Farah Kartini dipercayai dibunuh, penjawat awam ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721056502_tbNurFarahKartini.jpg)
Nur Farah Kartini dipercayai dibunuh, penjawat awam ditahan
Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan.
![JSJK minta mangsa taktik penipuan 'deepfake' tampil buat laporan polis JSJK minta mangsa taktik penipuan 'deepfake' tampil buat laporan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720426820_RamliMohamedYoosuf.jpg)
JSJK minta mangsa taktik penipuan 'deepfake' tampil buat laporan polis
"Penipuan seperti ini memang sebenarnya berlaku dan ia semakin hari kita jangka akan terus berlaku."
![Kanak-kanak perempuan melecur terkena seterika Kanak-kanak perempuan melecur terkena seterika](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721036680_bayigeneric.jpg)
Kanak-kanak perempuan melecur terkena seterika
Seorang kanak-kanak perempuan melecur di bahagian badan akibat terkena seterika dalam kejadian dekat sebuah rumah di Ara Damansara pada Isnin.
![Polis cedera parah dirempuh pemandu mabuk ketika bertugas Polis cedera parah dirempuh pemandu mabuk ketika bertugas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720962022_tbanggotapolistraf.jpg)
Polis cedera parah dirempuh pemandu mabuk ketika bertugas
Seorang anggota polis trafik cedera parah akibat dirempuh pemandu mabuk ketika sedang mengawal lalu lintas di Kilometer 3.6 Jalan Pantai menghala ke Permas Jaya pagi tadi.
![Lima individu diambil keterangan bantu kes termakan makanan ringan beracun Lima individu diambil keterangan bantu kes termakan makanan ringan beracun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716456851_FisolSallehjpg.jpg)
Lima individu diambil keterangan bantu kes termakan makanan ringan beracun
Ketua Polis Kedah Datuk Fisol Salleh berkata kesemua individu itu dipanggil dan diambil keterangan sejak hari kejadian sehingga semalam.
![Polis rekod keterangan pelakon tumbuk teman wanita Polis rekod keterangan pelakon tumbuk teman wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51703147857_TBLOGOPOLISGENERIC.jpg)
Polis rekod keterangan pelakon tumbuk teman wanita
Keterangan pelakon itu direkod kira-kira jam 9 malam tadi selepas hadir bersama bapanya.
![Dua mayat ditemui kembung, berbau dalam kereta di tepi jalan Dua mayat ditemui kembung, berbau dalam kereta di tepi jalan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720656555_Duamayatditemuike.jpg)
Dua mayat ditemui kembung, berbau dalam kereta di tepi jalan
Siasatan awal mendapati kedua-dua si mati berkemungkinan sudah meninggal dunia lebih daripada lima hari.
![Tiada perkembangan terbaru kes simbah asid Faisal Halim - Mohd Shuhaily Tiada perkembangan terbaru kes simbah asid Faisal Halim - Mohd Shuhaily](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720530400_TBMohdShuhaily.jpg)
Tiada perkembangan terbaru kes simbah asid Faisal Halim - Mohd Shuhaily
Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata biarpun tanpa perkembangan terkini, pihaknya sentiasa giat dan tidak berhenti menjalankan siasatan terhadap kes berkenaan.
![Polis Johor bongkar sindiket eksploitasi OKU asing jadi pengemis Polis Johor bongkar sindiket eksploitasi OKU asing jadi pengemis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720520693_BeggarGeneric.jpg)
Polis Johor bongkar sindiket eksploitasi OKU asing jadi pengemis
Sindiket itu beroperasi sejak April lepas dan setiap pengemis OKU mampu mengutip derma mencecah RM8,000 sebulan.
![2 pasangan kekasih ditahan disyaki terbabit lebih 15 kes pecah rumah 2 pasangan kekasih ditahan disyaki terbabit lebih 15 kes pecah rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720424905_kespecahrumah.jpg)
2 pasangan kekasih ditahan disyaki terbabit lebih 15 kes pecah rumah
Polis percaya berjaya menyelesaikan lebih 15 kes pecah rumah dengan penahanan tiga lelaki dan dua wanita dalam operasi di sekitar Lembah Klang pada Sabtu lepas.