Polis sedia bantu KPDNHEP jejak penyeleweng minyak masak peket

Muhafandi Muhamad
Julai 8, 2022 09:10 MYT
Jelas Muhamad Zaki lagi, sudah ada kerjasama dengan KPDNHEP dalam usaha mengekang penyeludupan khususnya membabitkan barangan kawalan. - Astro AWANI
PASIR MAS: Polis akan membantu pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam menjejaki penyelewengan subsidi minyak masak ke negara jiran.
Tegas Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, pihaknya juga akan meminta kerjasama pihak berkuasa Thailand selain melaksanakan risikan di sempadan.
Ianya termasuk menyemak senarai jenama minyak masak yang berada di pasaran Thailand.
"Kita akan semak jenama-jenama popular, kita akan minta bantuan pihak Thailand, adakah ia benar-benar berlaku.
"Tapi setakat ini tiada laporan khusus perkara ini, tapi kita bersiap sedia dan menentukan perkara ni boleh dibendung bersama KPDNHEP," katanya.
Jelas Muhamad Zaki lagi, sudah ada kerjasama dengan KPDNHEP dalam usaha mengekang penyeludupan khususnya membabitkan barangan kawalan.
Beliau mengulas, lambakan minyak subsidi yang dijual di selatan Thailand sehingga menyebabkan bekalan minyak masak peket terhad dan berkurangan di Kelantan.
#minyak peket #KPDNHEP #Muhamad Zaki Harun #penyelewengan
;