Polis sahkan Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka diserang di KLIA

Bernama
September 4, 2016 23:33 MYT
Khalid (gambar) mengesahkan Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka di Malaysia, Ibrahim Ansar telah diserang di KLIA, pada Ahad. -Gambar fail
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan bahawa Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka di Malaysia, Ibrahim Ansar telah diserang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada Ahad.
"Ya, saya mengesahkan," katanya kepada Bernama hari ini.
Kementerian Luar Sri Lanka, dalam kenyataan di laman sesawangnya, berkata pesuruhjaya tinggi itu diserang oleh sekumpulan orang.
"Suruhanjaya Tinggi Sri Lanka di Kuala Lumpur bekerjasama dengan pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang tempatan di Malaysia dan pihak berkuasa tempatan berkaitan yang lain bagi mengenal pasti pelaku dan juga membantu siasatan," menurut kenyataan itu.
#diserang di KLIA #Ibrahim Ansar #Ketua Polis Negara #Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka