KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan seorang lelaki warga tempatan mati mengejut dalam tahanan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam, Johor Bharu semalam.
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Azri Ahmad berkata lelaki yang merupakan Orang Kena Tahan (OKT) berusia 49 tahun, sebelum ini ditahan dalam satu Operasi Pemutihan.
"Dia telah disiasat di bawah Seksyen 39(A)(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan sedang menunggu sebutan semula kesnya pada 10 April depan," katanya dalam kenyataan, malam ini.
Azri berkata OKT dihantar ke Hospital Sultan Ismail pada 16 Feb lepas kerana mengadu sesak nafas, sebelum didapati tidak sedarkan diri di lokap pada pukul 7 pagi semalam.
"Pihak koroner telah hadir dan mengesahkan kematian OKT dan mayatnya dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat.
"OKT dalam masa sama disahkan positif COVID-19, namun punca kematian masih belum diketahui selain bergantung pada analisa laporan dan ujian makmal patologi," katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata Unit Siasatan Jenayah Kematian Dalam Tahanan JIPS akan menjalankan siasatan berhubung kes tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 20 2022
![Polis sahkan OKT mati mengejut dalam tahanan Polis sahkan OKT mati mengejut dalam tahanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/51644671676_PengarahJabatanInt.jpg)
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Azri Ahmad berkata lelaki yang merupakan Orang Kena Tahan (OKT) berusia 49 tahun, sebelum ini ditahan dalam satu Operasi Pemutihan. - Gambar fail/BERNAMA
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 12 Februari 2025
Bagaimana prestasi pembukaan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini? Ikuti perkongsian lanjut di Niaga AWANI.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 12 Februari 2025
Bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi ini? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.
Transformasi Tenaga Kerja: Apa peluang baru dan ancaman tersembunyi?
Adakah pasaran buruh Malaysia benar-benar stabil, atau sekadar angka yang menutupi realiti? Perbincangan bersama Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff ini mengupas isu pengangguran tersembunyi, masa depan sektor pekerjaan, serta cabaran dan peluang dalam ekonomi gig, automasi, dan penyertaan tenaga buruh.
![ACLE: Alhamdullillah - Tunku Ismail ACLE: Alhamdullillah - Tunku Ismail](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739320018_PrinceofJohor.jpg)
ACLE: Alhamdullillah - Tunku Ismail
Kemenangan JDT turut disambut oleh Tunku Ismail yang berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh pasukannya.
[Data & Statistik] Tenaga buruh meningkat, pengangguran menurun - ST4 2024
Bilangan penganggur pada suku tahun keempat 2024 terus menurun kepada 546.9 ribu orang, mencatatkan kadar pengangguran 3.2 peratus. Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata tenaga buruh meningkat 0.4 peratus kepada 17.34 juta orang.
![ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia naik dua anak tangga ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia naik dua anak tangga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739319977_ACLE.jpg)
ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia naik dua anak tangga
Hasil daripada kemenangan JDT, ia membenarkan kedudukan AFC MA Ranking Malaysia melonjak sebanyak dua anak tangga.
AWANI Ringkas: Malaysia peneraju ekonomi digital Asia Tenggara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
"Ribuan yang mencatat kerugian besar" - PM Anwar
Perdana Menteri berkongsi telah memberi arahan tidak mewujudkan syarikat dibawah agensi tanpa kelulusan peringkat tertinggi kerana mencatat kerugian besar.
"Memutuskan untuk membatalkan bukan perkara yang mudah tetapi jika wajib dilakukan, kita harus lakukan"katanya
#AWANInews
"Memutuskan untuk membatalkan bukan perkara yang mudah tetapi jika wajib dilakukan, kita harus lakukan"katanya
#AWANInews
![UCL: Magis Ousmane Dembele pastikan PSG selesa benam Brest UCL: Magis Ousmane Dembele pastikan PSG selesa benam Brest](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739319097_UCL.jpg)
UCL: Magis Ousmane Dembele pastikan PSG selesa benam Brest
Dembele bertindak sebagai pemisah dengan meledak dua gol untuk merekodkan jaringan keenam dalam saingan UCL.
"Biar hal picisan itu dianggap picisan" - PM Anwar
Perdana Menteri menegaskan untuk tidak menjadikan semua perkara sebagai isu politik picisan.
"Menasihat menegur itu baik, sebab itu saya kata apa pun kita lakukan soal akidah umat perlu dibetulkan kalau ada yang tercemar"katanya
#AWANInews
"Menasihat menegur itu baik, sebab itu saya kata apa pun kita lakukan soal akidah umat perlu dibetulkan kalau ada yang tercemar"katanya
#AWANInews
![Kematian OKT dalam tahanan: Setiap kes disiasat secara teliti - PDRM Kematian OKT dalam tahanan: Setiap kes disiasat secara teliti - PDRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41644599419_mayat.jpg)
Kematian OKT dalam tahanan: Setiap kes disiasat secara teliti - PDRM
PDRM akan memajukan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi memastikan segala aspek siasatan dilengkapkan.
![Sindiket menyamar polis, ugut dan tipu waris banduan tumpas Sindiket menyamar polis, ugut dan tipu waris banduan tumpas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81616074226_scmageneric.jpg)
Sindiket menyamar polis, ugut dan tipu waris banduan tumpas
Kegiatan sindiket terbabit terbongkar selepas polis menerima laporan daripada seorang suri rumah yang mendakwa kerugian RM100,000 akibat diperdaya sindiket terbabit pada 23 Februari lalu.
![OKT maut terjatuh dari tingkat lima mahkamah OKT maut terjatuh dari tingkat lima mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/71597056446_OKTmautjatuhbangu.jpg)
OKT maut terjatuh dari tingkat lima mahkamah
Seorang orang kena tuduh (OKT) lelaki ditemui maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat lima bangunan Mahkamah Sesyen dan Majistret Pulau Pinang pada Isnin.
![Tahanan lolos : OKT berjaya diberkas semula di Batu Caves Tahanan lolos : OKT berjaya diberkas semula di Batu Caves](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-12/71449666796_Pesalah.jpg)
Tahanan lolos : OKT berjaya diberkas semula di Batu Caves
Seorang OKT (orang kena tahan) yang berusia 34 tahun berjaya diberkas semula pihak polis selepas melarikan diri sejak 7 Disember lalu.