JOHOR BAHRU: Polis mengesahkan punca kematian bayi berusia setahun enam bulan, Muhammad Uwais Mohd Khairul, di Pasir Gudang semalam adalah akibat luka dikelar di bahagian leher dipercayai dilakukan oleh ibu kandungnya sendiri.
Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintenden Mohd Sohaimi Ishak turut mengesahkan bahawa bayi malang itu berada di bahagian ruang tamu rumah suspek ketika kejadian.
"Setakat ini, seorang jiran telah dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut ketika ditanya sama ada suspek mempunyai masalah kesihatan mental.
Suspek yang berusia 32 tahun kini ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.
Perintah tahanan reman hingga 23 Mac itu dikeluarkan oleh Majistret Suhaili Sapun di Hospital Permai, Tampoi di sini.
Insiden pada 1.30 tengah hari itu menyaksikan suspek menghantar gambar bayi yang berlumuran darah kepada suaminya menerusi aplikasi WhatsApp sejurus selepas mengelar kanak-kanak tersebut.
Mohd Sohaimi berkata sebilah pisau yang dipercayai digunakan untuk mengelar mangsa turut dirampas di lokasi kejadian.
Beliau berkata mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk bedah siasat dan motif kejadian masih disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Jenazah bayi malang itu dituntut oleh bapanya sejurus selesai proses bedah siasat di Jabatan Perubatan HSI pada kira-kira 3.30 petang tadi.
Jenazah dijangka dikebumikan di Felda Redong, Segamat hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 17 2024
![Polis sahkan kematian bayi akibat luka dikelar di bahagian leher Polis sahkan kematian bayi akibat luka dikelar di bahagian leher](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51667557232_Bernama.jpg)
Mohd Sohaimi turut mengesahkan bahawa bayi malang itu berada di bahagian ruang tamu rumah suspek ketika kejadian. - Gambar fail/Bernama
![Kerajaan beri keutamaan rancakkan semula pertumbuhan ekonomi - PM Anwar Kerajaan beri keutamaan rancakkan semula pertumbuhan ekonomi - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717655521_AnwarIbrahim.jpg)
Kerajaan beri keutamaan rancakkan semula pertumbuhan ekonomi - PM Anwar
Kerajaan sedang memberi keutamaan untuk merancakkan semula pertumbuhan ekonomi negara bagi mengembangkan saiz dan mengembalikannya ke landasan yang sebenar.
![Malaysia sedia bekerjasama dengan Indonesia, tugaskan pasukan pengaman ke Palestin - PM Malaysia sedia bekerjasama dengan Indonesia, tugaskan pasukan pengaman ke Palestin - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719843538_TBAnwarIbrahim.jpg)
Malaysia sedia bekerjasama dengan Indonesia, tugaskan pasukan pengaman ke Palestin - PM
Anwar berkata beliau menyambut baik gagasan kerjasama dalam misi pengaman antarabangsa Malaysia-Indonesia dan kolaborasi yang boleh diperluas di peringkat rantau ASEAN.
10 Berita Pilihan - (01 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: NG999 diperkenalkan, ganti MERS999
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Lebih RM10 bilion diluluskan untuk permohonan SJKP sejak 2008 Lebih RM10 bilion diluluskan untuk permohonan SJKP sejak 2008](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719840695_NgaKorMing.jpg)
Lebih RM10 bilion diluluskan untuk permohonan SJKP sejak 2008
Sebanyak 50,884 permohonan pinjaman Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) bernilai RM10.894 bilion telah diluluskan sejak 2008 hingga 30 April lepas.
![TM meterai perjanjian Next Generation Emergency Services 999 bernilaI RM1.25 bilion TM meterai perjanjian Next Generation Emergency Services 999 bernilaI RM1.25 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719836295_TeoNieChing.jpg)
TM meterai perjanjian Next Generation Emergency Services 999 bernilaI RM1.25 bilion
TM Tech menandatangani perjanjian dengan kerajaan untuk melaksanakan perkhidmatan talian kecemasan NG999 bernilai RM1.25 bilion.
![Malaysia tidak meratifikasi UNCAT kerana libatkan pindaan akta sedia ada Malaysia tidak meratifikasi UNCAT kerana libatkan pindaan akta sedia ada](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712206185_SaifuddinNasutionI.jpg)
Malaysia tidak meratifikasi UNCAT kerana libatkan pindaan akta sedia ada
Konvensyen itu menghendaki undang-undang negara tidak mempunyai elemen yang menyebabkan kesakitan teruk.
![Yadim selar tindakan peralat isu Palestin untuk kepentingan politik Yadim selar tindakan peralat isu Palestin untuk kepentingan politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71719842071_TBHasanuddin.jpg)
Yadim selar tindakan peralat isu Palestin untuk kepentingan politik
Semua kelompok masyarakat perlu rasional, berlapang dada, bersifat terbuka serta dapat membezakan kepentingan lain dengan perjuangan Masjidil Aqsa.
![Keserasian kepimpinan Sarawak, Sabah dengan Persekutuan harus diperkukuh - Ahmad Zahid Keserasian kepimpinan Sarawak, Sabah dengan Persekutuan harus diperkukuh - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719844488_TBZahidHamidi.jpg)
Keserasian kepimpinan Sarawak, Sabah dengan Persekutuan harus diperkukuh - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata Perdana Menteri berazam untuk memenuhi permintaan-permintaan kedua wilayah itu yang dibuat di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
AWANI 7:45 [01/07/2024] - Adil dan munasabah | Operasi gempur bas persiaran | Penampang 'tenggelam' | Maut di gelanggang
#AWANI745 malam ini bersama Dzulfitri Yusof;
1. Pelajar cemerlang SPM dijamin tempat matrikulasi, kuota bumiptera dipertahan
2. Selepas kejadian di Genting, JPJ gempur bas persiaran bermula esok
3. Pemain badminton China rebah, meninggal dunia ketika aksi kejohanan remaja
4. England goyang sebelum lolos, Sepanyol mara bergaya
1. Pelajar cemerlang SPM dijamin tempat matrikulasi, kuota bumiptera dipertahan
2. Selepas kejadian di Genting, JPJ gempur bas persiaran bermula esok
3. Pemain badminton China rebah, meninggal dunia ketika aksi kejohanan remaja
4. England goyang sebelum lolos, Sepanyol mara bergaya
![Tempoh reman remaja, teman lelaki disyaki bunuh abang disambung enam hari Tempoh reman remaja, teman lelaki disyaki bunuh abang disambung enam hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/51562554656_TBREMAJAREMAN.jpg)
Tempoh reman remaja, teman lelaki disyaki bunuh abang disambung enam hari
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Norhidayati Mohammad Nasroh di Mahkamah Majistret Taiping, di sini, hari ini.