Polis sahkan kejadian tembakan di Bandar Sunway

Bernama
Ogos 20, 2024 22:37 MYT
Difahamkan seorang lelaki warga asing disyaki penjenayah dipercayai ditembak mati dalam kejadian tersebut. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan berlaku kejadian tembakan di Bandar Sunway dekat sini, petang tadi.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat ketika dihubungi Bernama berkata butiran lanjut berhubung kejadian akan dikeluarkan oleh Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dalam masa terdekat.
Difahamkan seorang lelaki warga asing disyaki penjenayah dipercayai ditembak mati dalam kejadian tersebut.
Sementara itu Hussein ketika dihubungi berkata seorang penjenayah yang disyaki terbabit dalam beberapa kes samun ditembak mati di kawasan PJS, Petaling Jaya dekat sini malam ini.
Beliau berkata kejadian berlaku kira-kira 7 malam itu membabitkan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
"Lelaki tersebut dipercayai warga asing dari Afrika yang disyaki terlibat dalam beberapa kes samun," katanya.
-- BERNAMA
#samun #tembakan #warga asing #Bukit Aman