Polis sahkan kejadian pesawat ringan terhempas di Kapar, Klang
Umavathi Ramayah
Februari 13, 2024 15:11 MYT
Februari 13, 2024 15:11 MYT
KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat ringan terhempas di kawasan kebun kelapa sawit berhampiran Sekolah Kebangsaan Tok Muda, Kapar, Kampung Tok Muda, dekat sini pada Selasa.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi Astro AWANI.
Beliau memberitahu, setakat ini belum ada sebarang perincian mengenai jumlah mangsa dan punca kejadian.
Dalam pada itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Bomba, Selangor menerusi satu kenyataan memberitahu, pihaknya menerima laporan mengenai kebakaran melibatkan air craft Aviation Safety Teknologi itu pada pukul 1.56 petang.
Kenyataan itu memberitahu, kerja-kerja mencari mangsa dijalankan.
Berdasarkan gambar yang dikongsi Jabatan Bomba, keadaan pesawat itu berkecai dipercayai kerana impak kemalangan itu.
[BERITA LANJUT MENYUSUL]
#kapal terbang terhempas
#Sekolah Kebangsaan Tok Muda
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#ladang kelapa sawit
#Klang