Polis Sabah akan buat sidang akhbar berkaitan kes individu dipercayai diculik malam tadi
Bernama
September 28, 2016 09:38 MYT
September 28, 2016 09:38 MYT
Polis Sabah akan mengadakan satu sidang akhbar hari ini dipercayai berkaitan kes penculikan di perairan Lahad Datu, malam tadi.
Bagaimanapun Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abdul Rashid Harun tidak mengulas lanjut tujuan sidang akhbar tersebut diadakan.
"Insya-Allah, kami akan buat sidang akhbar hari ini," katanya ringkas kepada Bernama.
Semalam dilaporkan seorang pemilik kapal nelayan bersama krunya hilang dikhuatiri diculik di perairan Lahad Datu kira-kira 10.08 malam. -- BERNAMA