Polis rampas dadah lebih RM2.3 juta, lelaki tempatan ditahan

Sinar Harian
April 28, 2024 17:09 MYT
Kumar (tengah) menunjukkan sebahagian dadah yang dirampas dalam dua serbuan berasingan pada Rabu lalu.
JOHOR BAHRU: Polis Johor merampas dadah bernilai lebih RM2.3 juta dalam dua serbuan berasingan di sekitar kawasan Johor Bahru Selatan pada Rabu lalu.
Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, dalam serbuan terbabit, seorang lelaki warga tempatan berusia dalam lingkungan 35 tahun telah ditahan bersama sejumlah rampasan dadah.
Menurutnya, hasil saringan turut mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine Amphetamine selain semakan rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.
"Kegiatan pengedaran dadah ini telah aktif beroperasi sejak Februari 2024 dan modus operandi kegiatan sindiket ini adalah dengan menjadikan bilik sewa sebagai story simpanan dan tempat pembungkusan semula dadah sebelum diedarkan ke pasaran tempatan.
"Dalam operasi ini, pihak polis turut berjaya membuat rampasan dengan anggaran 13.576 gram (gm), serbuk ekstasi (231 peket) bernilai RM2. 2 juta; 213.77 gram (707 biji), pil ekstasi bernilai RM35,350; 685 gram (2,465 biji), pil eramin 5 bernilai RM49, 300; 727.70 gram ketamin (sembilan peket, dua bekas) bernilai RM36,385.500 dan 300 liter minuman mengandungi dadah (12 botol/259 ml sebotol) bernilai RM3,000
"Untuk rekod, jumlah dadah yang dirampas dalam operasi ini boleh digunakan oleh seramai 62,063 penagih," katanya.
Beliau berkata, pada masa sama polis turut menyita dua kereta dengan nilai sitaan RM75,000 selain wang tunai berjumlah RM650 sekali gus menjadikan nilai sitaan berjumlah RM75,650.
"Jumlah keseluruhan bagi nilai rampasan dan sitaan bagi operasi ini secara keseluruhannya adalah RM2.46 juta.
"Suspek juga telah direman selama tujuh hari bermula 24 April 2024 hingga 30 April 2024 untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan hukuman mati atau penjara seumur hidup yang mana boleh juga dikenakan sebatan," katanya. - Sinar Harian
#rampasan dadah #polis johor #M Kumar
;