Nilai keseluruhan dadah yang dirampas pihak polis dianggarkan sebanyak RM10.44 juta sepanjang Januari tahun ini selain jumlah penahanan seramai 17,760 orang atas pelbagai kesalahan dadah.
Itu usaha Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (STING) bagi membanteras aktiviti pengedaran dadah yang mula menunjukkan sengat apabila berjaya mematahkan dua sindiket pengedaran dan pemprosesan dadah yang didalangi warga tempatan dan asing.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata pihaknya telah berjaya telah menahan 11 anggota sindiket melibatkan tiga lelaki dan seorang perempuan warga tempatan serta enam lelaki dan seorang perempuan Iran dalam lima serbuan berasingan.
"Pada Januari tahun ini, pihak polis telah merampas 831kg pelbagai jenis dadah, 30,414 biji pil, 1,967 cecair pelbagai jenis dadah dan 39 pokok ganja yang kesemuanya bernilai RM10.44 juta," katanya kepada pemberita.
Dalam serbuan pertama pada 6 Februari lalu di Taman Maluri Kepong, polis menemui tiga bungkusan plastik dadah heroin seberat 1.2 kg di dalam sebuah peti kayu.
Serbuan susulan dua jam kemudian, pihak polis berjaya membongkar sebuah makmal haram memproses dadah di sebuah rumah di Batu Caves.
Hasil serbuan tersebut pihak polis berjaya merampas lima bungkusan plastik dadah heroin seberat 2.3kg dan 280g serbuk dadah serta peralatan yang digunakan untuk memproses dadah dan menahan seorang lelaki warga tempatan.
Dalam serbuan ketiga pada 8 Februari, polis menyerbu tiga buah rumah berasingan di Cyberjaya dan Kuala Kumpur dan menahan tujuh warga Iran dan sebuah lagi makmal haram memproses dadah diserbu dalam serbuan keempat di sebuah rumah di Jalan Ampang.
Turut temui kristal syabu, pil ekstasi, serbuk kimia dan peralatan memproses dadah.
Kesemua suspek yang ditahan berumur antara 22 hingga 42 tahun ditahan reman antara tujuh hingga 14 hari dan akan disiasat dibawah seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Imigresen.
Sementara itu menurut Noor Rashid, siasatan polis mendapati sindiket yang didalangi warga tempatan dan asing itu saling bekerjasama bagi memproses dan mengedar dadah ke kawasan Lembah Klang.
Jelasnya modus operandi mereka ialah menyewa kondominium mahal bagi mengelak kegiatan dihidu polis.
Katanya lagi seorang lelaki Iran yang merupakan ketua sindiket aktiviti pengedaran dadah yang pernah ditahan namun tidak dapat disabitkan kerana tiada bukti kukuh.
"Kali ini kita berjaya menahan dia bersama-sama dengan dadah dan makmal, jadi saya rasa kita mempunyai kes yang kukuh.
"Kejayaan ini adalah hasil kerjasama pihak penguatkuasaan pasukan gerakan Narkotik Bukit Aman dan STING," katanya dalam sebuah sidang media.
Astro Awani
Tue Feb 11 2014
![Polis rampas dadah bernilai RM10.44 juta pada Januari Polis rampas dadah bernilai RM10.44 juta pada Januari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-02/61392119924_295x200.jpg)
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![Polis tahan tiga lelaki disyaki curi kabel di Nilai Polis tahan tiga lelaki disyaki curi kabel di Nilai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736574170_TBLOGOPOLISGENERIC.jpg)
Polis tahan tiga lelaki disyaki curi kabel di Nilai
Polis merampas segulung kabel hitam, dua alat pemotong kabel, batang besi, sabit, kereta, dan beberapa kunci semasa serbuan.
![Along Cham menangis sebak, mahu bersihkan nama Along Cham menangis sebak, mahu bersihkan nama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737968540_TBalongcham.jpg)
Along Cham menangis sebak, mahu bersihkan nama
Along Cham menangis sebak, mahu bersihkan nama
![Askar wanita Israel nafi diberi dadah semasa dalam tawanan Askar wanita Israel nafi diberi dadah semasa dalam tawanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737868821_tbfemaleIsraelisol.jpg)
Askar wanita Israel nafi diberi dadah semasa dalam tawanan
Penilaian oleh doktor itu menyangkal dakwaan rasmi Israel bahawa Hamas memberi perangsang kepada tawanan dalam bentuk vitamin dan ubat penenang.
![Polis Johor selesai empat kes pecah rumah dengan penangkapan dua lelaki tempatan Polis Johor selesai empat kes pecah rumah dengan penangkapan dua lelaki tempatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737719160_barangrampasan.jpg)
Polis Johor selesai empat kes pecah rumah dengan penangkapan dua lelaki tempatan
Dua lelaki berkenaan ditahan dalam tempoh enam jam selepas disyaki terlibat dalam kejadian pecah rumah di Taman Skudai Baru pada 21 Januari lepas.
![Kastam rampas mercun, dadah bernilai lebih RM1 juta Kastam rampas mercun, dadah bernilai lebih RM1 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737520099_tbrampasanbungaap.jpg)
Kastam rampas mercun, dadah bernilai lebih RM1 juta
Jabatan Kastam merampas mercun dan bunga api serta dadah yang dianggarkan bernilai RM1.05 juta di empat lokasi sekitar Selangor.
!['Pakar masak dadah' warga Hong Kong ditahan, kokain bernilai RM8 juta dirampas 'Pakar masak dadah' warga Hong Kong ditahan, kokain bernilai RM8 juta dirampas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737108218_TBKOKAIN.jpg)
'Pakar masak dadah' warga Hong Kong ditahan, kokain bernilai RM8 juta dirampas
Polis membongkar makmal pemprosesan dadah jenis kokain bernilai RM8 juta di Jalan Klang Lama dan Segambut susulan penahanan seorang lelaki warga Hong Kong.
![Pelaksanaan saringan air kencing secara meluas di konsert tidak praktikal - KP AADK Pelaksanaan saringan air kencing secara meluas di konsert tidak praktikal - KP AADK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71730898224_TBRuslinJusoh.jpg)
Pelaksanaan saringan air kencing secara meluas di konsert tidak praktikal - KP AADK
Beliau berkata proses saringan air kencing bagi mengesan penyalahgunaan dadah tidak boleh dilakukan sembarangan serta mengambil masa.
!['Magic mushroom' sah ganja sintetik - AADK 'Magic mushroom' sah ganja sintetik - AADK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736834304_Magicmushroom.jpg)
'Magic mushroom' sah ganja sintetik - AADK
AADK telah membuat 50 kajian kes melibatkan kumpulan penagih yang mendakwa menggunakan 'magic mushroom' dan mendapati ia sebenarnya adalah dadah sintetik.
![Lelaki punyai 19 rekod lampau ditahan, rampas dadah lebih RM11,000 Lelaki punyai 19 rekod lampau ditahan, rampas dadah lebih RM11,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81735897091_TBLOGOPOLISGENERIC.jpg)
Lelaki punyai 19 rekod lampau ditahan, rampas dadah lebih RM11,000
Suspek berusia 50 tahun itu ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik yang menjalankan operasi hasil maklumat dan risikan.
![Polis kesan aktiviti jual pil ekstasi di premis konsert Pinkfish Polis kesan aktiviti jual pil ekstasi di premis konsert Pinkfish](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51735896796_HusseinOmarKhans.jpg)
Polis kesan aktiviti jual pil ekstasi di premis konsert Pinkfish
Enam percakapan saksi telah dirakam, selain beberapa pihak lagi akan dipanggil untuk membantu siasatan, termasuk penganjur konsert dan rakan mangsa.