Polis rakam percakapan 21 individu kes letupan di Bukit Bintang

Bernama
Oktober 15, 2014 20:59 MYT
Polis telah merakam percakapan 21 individu bagi membantu siasatan insiden serangan bom tangan di depan sebuah kelab malam di Bukit Bintang. -Gambar fail
Polis telah merakam percakapan 21 individu bagi membantu siasatan insiden serangan bom tangan di depan sebuah kelab malam di Bukit Bintang, Khamis lepas.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa berkata sehingga kini, masih belum ada tangkapan dibuat bagi kes berkenaan.
"Polis sedang mengumpul serta memeriksa kesemua rakaman litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian dan menjangka dapat menyelesaikan pemeriksaan dalam tempoh terdekat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada 9 Okt lepas, seorang joki kereta, Tiong Kwong Yie, 36, maut dan 12 yang lain cedera termasuk pelancong asing dalam serangan bom tangan dipercayai melibatkan perebutan kawasan kumpulan kongsi gelap.
#bom tangan #joki kereta #kelab malam #letupan bom #Tajuddin Md Isa #Tiong Kwong Yie
;