Polis rakam keterangan tujuh individu buat himpunan solidariti depan Kedutaan AS

Khalis Khadir
Oktober 2, 2024 16:54 MYT
Datuk Rusdi berkata pihak penganjur tidak menyerahkan notis pemakluman kepada polis serta tidak mendapat kebenaran daripada pemilik premis.
KUALA LUMPUR: Seramai tujuh yang terlibat dalam perhimpunan solidariti di pintu belakang Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara selesai dirakam keterangan.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan sebelum diserahkan ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya.
"Pihak penganjur tidak menyerahkan notis pemakluman kepada polis serta tidak mendapat kebenaran daripada pemilik premis. Mereka seharusnya mematuhi peraturan yang termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman 2012.
"Kertas siasatan sedang dilengkapkan sebelum diserahkan dalam minggu ini," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Wang Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail pada Isnin dilaporkan berkata, seramai tujuh orang berhimpunan di kedutaan berkenaan mengecam tindakan Israel dalam himpunan jam 8.10 pagi.
Susulan itu, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012.
#himpunan solidariti #Palestin #Rusdi Isa #Polis KL
;