BUKIT MERTAJAM: Sindiket penipuan penawaran pembelian barangan dari Taiwan secara dalam talian tumpas selepas Polis Pulau Pinang menyerbu sebuah premis di Batu Feringghi, Pulau Pinang pada Sabtu lalu.
Sindiket itu dipercayai menjadikan sebuah banglo tiga tingkat sebagai pusat operasi menjalankan aktiviti haram tersebut sejak sebulan lepas.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Suhaily Mohd Zain berkata, seramai 23 warga Taiwan terdiri daripada 17 lelaki dan enam perempuan yang bekerja dengan sindiket berkenaan ditahan dalam serbuan yang dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) pada pukul 6.30 petang itu.
Mohd Shuhaily berkata, siasatan mendapati, sindiket berkenaan menawarkan pelbagai barangan berjenama seperti beg tangan, minyak wangi dan lain-lain yang dijual secara dalam talian.
Katanya, mangsa yang terpedaya dengan iklan itu akan diarahkan membuat pembayaran melalui platform daripada pautan yang diberikan oleh sindiket.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati sindiket terbabit mensasarkan mangsa dalam kalangan warganegara Taiwan dan tidak melibatkan warga tempatan.
“Hasil siasatan awal mendapati, tiada mangsa tinggal di Malaysia berkemungkinan besar apa yang kita dapat tafsirkan (mengenai) mangsa mereka adalah yang mungkin berasal dari Taiwan.
“Saya ingin menasihatkan pengguna sosial media yang beli barangan di dalam talian pastikan penjual yang mempunyai kewibawaan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah di sini, pada Isnin.
Jelasnya, suspek juga sempat memadam rekod transaksi dan bahan bukti sebelum kesemua mereka ditahan.
Mohd Shuhaily berkata, siasatan juga mendapati kesemua suspek berusia di antara 19 hingga 48 tahun itu tiba di negara ini pada Mei lepas selepas tertarik dengan tawaran kerja yang diiklankan melalui akhbar di Taiwan yang menjanjikan gaji RM7,000 sebulan.
Dalam serbuan itu polis, kata beliau, turut merampas 46 buah telefon bimbit pelbagai jenama, 14 unit komputer riba, lapan unit Ipad dan enam unit walkie-talkie serta 12 keping kad prabayar.
Turut dirampas dua unit 'card reader', dua unit pendrive dan masing-masing satu unit portable dan router wifi yang digunakan sindiket terbabit.
Beliau berkata, kesemua suspek kini direman dan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebat atau denda.
Dewi Nur Harasha Alias
Mon Jun 27 2022

Datuk Mohd Suhaily Mohd Zain (dua dari kanan) menunjukkan antara barangan yang dirampas daripada sindiket penipuan penawaran pembelian barangan dari Taiwan dalam sidang media di di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah, pada Isnin.
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.
Perkhidmatan stesen kereta api Quetta dihentikan buat sementara waktu
Penggantungan operasi ini bertujuan meningkatkan lagi keselamatan orang ramai susulan serangan ke atas sebuah kereta api penumpang dari Quetta ke Peshawar pada Selasa yang meragut beberapa nyawa.
Tujuh negara memenuhi piawaian kualiti udara WHO
Menurut firma pemantauan kualiti udara, Switzerland IQAir, Chad dan Bangladesh adalah negara paling tercemar di dunia pada 2024, dengan purata paras asap lebih 15 kali lebih tinggi daripada garis panduan WHO.
Duterte mungkin dipenjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte mungkin menghadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup jika disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan berhubung perang dadah.

Remaja perempuan hilang selepas ditegur leka bermain telefon ditemukan selamat
Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Seksyen 20 di sini, Ahad lepas ditemukan selamat di rumah rakannya di Kuala Terengganu.
Tuduhan kompaun berat sebelah disifatkan fitnah, berniat jahat - Fahmi
Tuduhan kononnya kompaun yang dikenakan ke atas syarikat pemegang lesen membabitkan kes tiga penyampai radio sebagai berat sebelah sehingga menyebabkan Islam ditindas disifatkan sebagai fitnah yang berniat jahat.
70 peratus pelajar baharu SBP, MRSM perlu pilih STEM mulai tahun hadapan – PM
Perlu ada usaha untuk menambah jumlah pelajar dalam bidang displin Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di negara ini, bagi menampung keperluan dalam bidang berkaitan.
Justeru, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mencadangkan agar kemasukan pelajar baharu SBP dan MRS ke bidang berkenaan ditingkatkan kepada 70 peratus.
Justeru, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mencadangkan agar kemasukan pelajar baharu SBP dan MRS ke bidang berkenaan ditingkatkan kepada 70 peratus.
PM seru sektor swasta ambil sekolah angkat
Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dan swasta disaran untuk menghulurkan bantuan kewangan terhadap sekolah-sekolah yang memerlukan, terutamanya sekolah yang mempunyai fasiliti daif seperti tandas.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sektor swasta, terutamanya syarikat-syarikat gergasi boleh menyahut cadangan untuk menyertai program ‘sekolah angkat’, sekaligus menolong kerajaan sudah membelanjakan berbilion ringgit untuk menaik taraf fasiliti sekolah-sekolah kerajaan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sektor swasta, terutamanya syarikat-syarikat gergasi boleh menyahut cadangan untuk menyertai program ‘sekolah angkat’, sekaligus menolong kerajaan sudah membelanjakan berbilion ringgit untuk menaik taraf fasiliti sekolah-sekolah kerajaan.
Tengku Zafrul masih kekal ahli UMNO- Zahid Hamidi
Menurut Ahmad Zahid, beliau juga menasihati Tengku Zafrul agar tidak terburu-buru membuat sebarang keputusan dalam satu pertemuan empat mata minggu lalu.

Tiga lelaki sindiket penipuan dalam talian kaut RM100,000 setiap bulan ditahan
Polis menahan seorang lelaki di sebuah kondominium dan merampas tiga kad mesin juruwang automatik (ATM) pelbagai bank, bersamanya.

PRU15: Polis Pulau Pinang terima 30 laporan termasuk babit geng kongsi gelap
Polis Pulau Pinang telah menerima sebanyak 30 laporan membabitkan pelbagai kesalahan dalam tempoh sepuluh hari berlangsungnya kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Polis bongkar makmal proses dadah, tahan dua lelaki
Polis turut merampas pelbagai peralatan dan bahan kimia untuk memproses dadah jenis heroin di rumah tersebut.

Polis Pulau Pinang buka 171 kertas siasatan tatatertib
Semua kertas siasatan itu melibatkan 43 pegawai, 269 anggota dan dua kakitangan awam membabitkan pelbagai kesalahan.

Parti liar: 20 ditahan di Pulau Pinang, 16 dikompaun di Lumut
Polis menahan 20 individu termasuk tujuh wanita dalam serbuan parti liar di sebuah rumah di Taman Star Hill, Bukit Gambir, tengah malam tadi.

Polis tumpas sindiket edar rokok seludup tanpa cukai, sitaan bernilai RM8.04 juta
Serbuan di tiga lokasi di Machang Bubok dan Bukit Tengah itu dibuat selepas risikan mendapati sindiket itu menjadikan rumah sewa sebagai markas.

Isu lepaskan suspek Macau Scam: 8 individu ditahan termasuk pegawai polis, imigresen
Polis Pulau Pinang sedang menganalisis data siasatan membabitkan empat pegawainya yang terlibat dalam kes melepaskan suspek Macau Scam.

352 ketul ganja mampat dirampas: Polis bongkar sindiket edar dadah di Pulau Pinang
Sindiket yang dipercayai mempunyai rangkaian di negara jiran itu dikesan menjalankan pengedaran dadah di beberapa negeri utara tanah air.

Berita dua mayat mangsa culik dijumpai di P.Pinang palsu - Polis
Ketua Polis Pulau Pinang berkata, berita tentang penemuan mayat itu tidak benar sama sekali, bahkan beberapa kali ditularkan sejak Mei 2014.

Sorok mayat kekasih dalam almari
Bau busuk dari dalam sebuah almari di sebuah rumah di Paya Terubong, George Town membawa kepada penemuan mayat seorang wanita, malam tadi.