Polis Pulau Pinang giat buru 1,200 anggota kongsi gelap

Astro Awani
September 9, 2013 20:18 MYT
Polis Pulau Pinang sedang memburu 1,200 anggota kongsi gelap yang menganggotai 14 kumpulan yang bergiat aktif di negeri itu.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, pihaknya telah mengenalpasti beberapa kumpulan kongsi gelap yang aktif di negeri itu termasuk kumpulan yang tidak mempunyai logo.
Menurutnya, Sejak Op Cantas khas dilancarkan, polis Pulau Pinang telah membuat 233 tangkapan.
Sementara itu, di Perlis, polis menahan 10 lelaki disyaki ahli kongsi gelap di Kompleks Bersepadu Imigresen Kastam dan Kuarantin Padang Besar.
Mereka yang berusia 26 hingga 32 tahun dan berasal dari Selangor, ditahan ketika cuba memasuki negara ini dari Thailand.
Tujuh daripada suspek memiliki pelbagai rekod jenayah lampau selain ada yang positif dadah.
Klik video untuk laporan penuh Astro AWANI.
#kumpulan kongsi gelap #Op Cantas #polis pulau pinang
;