Polis percaya suspek bunuh Dr Fadi masih dalam negara

Dania Zainuddin
April 25, 2018 12:22 MYT
Lakaran wajah dua suspek yang dipercayai menembak mati Dr Fadi Mohammed Al Batsh dekat kediamannya di Setapak pada Sabtu lepas yang diedarkan PDRM di semua pintu masuk dan keluar negara. --fotoBERNAMA
Polis telah mengesan suspek yang terlibat dalam pembunuhan imam dan pensyarah warga Palestin, Dr Fadi Mohammed Albatsh, menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, hari ini.
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai suspek agar menghubungi pihak polis dengan segera.
"Kita mengesyaki suspek masih ada dalam negara dan sedang menggunakan identiti palsu.
"Banyak perkara yang kami sudah ambil kira, termasuk kemungkinan suspek memiliki kemahiran tinggi untuk membunuh," katanya pada satu sidang media khas di Bukit Aman.
Pada Selasa, polis telah menemui sebuah motosikal jenis Kawasaki, dengan nombor plat BKJ 143, dipercayai digunakan dua suspek dalam kejadian tersebut.
BACA: Polis edar lakaran wajah suspek kes tembak Dr Fadi
BACA: Jenazah pensyarah Palestin dibawa pulang ke negara asal hari ini - UniKL
BACA: Isteri Dr Fadi akan pulang ke Palestin buat selama-lamanya
BACA: Bunuh imam: Dua suspek dipercayai ada kaitan organisasi perisikan - TPM Zahid
Motosikal itu ditemui berhampiran tasik di Danau Kota oleh orang awam dalam keadaan baik, dan ditinggalkan di kawasan berkenaan sejak beberapa hari lalu.
Sabtu lalu, Dr Fadi ditemukan mati setelah ditembak berkali-kali oleh dua suspek yang menaiki motosikal berkuasa tinggi di hadapan Kondominium Idaman Puteri di Jalan Meranti, Setapak, dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi.
BACA: Siapa Dr Fadi AlBatsh?
Hasil bedah siasat mendapati sebanyak 14 butir peluru ditemukan pada badan dan kepala mangsa.
#Dr Fadi #Ketua Polis Negara #Mohd Fuzi Harun #Setapak #suspek
;