Polis pantau laman sosial dan blog

Astro Awani
Disember 19, 2012 20:42 MYT
Pihak polis sedang memantau laman sosial dan blog berkenaan khabar angin berbaur perkauman yang dilihat semakin merebak berikutan rusuhan yang berlaku di Sungai Petani baru-baru ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata maklumat yang salah dan ditokok tambah mampu mencetuskan pelbagai spekulasi liar dan boleh mengeruhkan keadaan.
Bedasarkan siasatan awal, kes berpunca daripada kegiatan lumba motor namun berlaku pergaduhan dimana kedua-duanya memanggil rakan dan berlaku empat insiden lain.
Difahamkan tiada kematian atau kecederaan serius berlaku manakala berita yang tersiar menerusi Facebook, Twitter dan SMS itu tidak betul dan palsu.
Menurut Ismail , individu yang bertanggungjawab menyebarkan maklumat palsu itu boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan.
Mereka yang melakukan kesalahan pada insiden pertama telah ditahan untuk siasatan lanjut.
#Datuk Syed Ismail Syed Azizan #laman sosial #pergaduhan #perkauman #Sungai Petani
;