Polis nafi tahan Gani Patail

Astro Awani
Ogos 1, 2015 12:59 MYT
Khidmat Abdul Gani sebagai Peguam Negara ditamatkan mulai 27 Julai lalu atas sebab-sebab kesihatan. - Gambar Fail
Polis menafikan penahanan bekas peguam negara, Tan Sri Abdul Gani Patail seperti yang tersebar di media sosial sejak malam Jumaat.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Law Hong Soon ketika mengulas perkara itu memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak menyebarkan spekulasi berhubung perkara berkenaan.
Spekulasi penahanan bekas peguam nebara itu bermula sejak semalam, selepas tersebar sekeping gambar beliau di media sosial.
Khidmat Abdul Gani sebagai Peguam Negara ditamatkan mulai 27 Julai lalu atas sebab-sebab kesihatan.
Abdul Gani bagaimanapun akan terus berkhidmat sebagai Pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan sehingga beliau bersara wajib pada 6 Oktober 2015.
Tempat Abdul Gani kemudian digantikan bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Mohamad Apandi Ali berkuatkuasa 28 Julai.
#Abdul Gani Patail #Law Hong Soon #Mohamad Apandi Ali
;