Polis nafi laporan tular tangkapan suspek kes pembunuhan Dr Fadi

Isabelle Leong
April 22, 2018 10:53 MYT
Dr Fadi, seorang imam dari Palestin dan pensyarah universiti swasta ditembak mati di Gombak ketika berjalan menuju ke surau untuk menunaikan solat Subuh pada pagi Sabtu. - REUTERS / Mohammed Salem
Polis menafikan dakwaan yang tular di aplikasi Whatsapp kononnya suspek pembunuhan Dr Fadi Albatsh telah diberkas.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata kenyataan berkenaan seorang suspek yang tular itu tiada kaitan dengan kes pembunuhan ini.
“Lelaki yang dikatakan suspek pembunuhan itu tiada kaitan dengan kes ini.
“Kami tidak boleh membuat konklusi sebegini. Kami siasat dari semua sudut,” kata beliau, ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
BACA: Jangan buat andaian, kes masih dalam siasatan - KP KL
BACA: Bunuh imam: Dua suspek dipercayai ada kaitan organisasi perisikan - TPM Zahid
Beliau berkata pihak polis masih menjalankan siasatan dan memohon kerjasama daripada orang ramai supaya tidak menyebarkan berita palsu ini.
Dr Fadi, seorang imam dari Palestin dan pensyarah universiti swasta ditembak mati di Gombak ketika berjalan menuju ke surau untuk menunaikan solat Subuh pada pagi Sabtu.
#Dr Fadi Albatsh #Ketua Polis Kuala Lumpur #Kuala Lumpur #Mazlan Lazim #Pembunuhan #polis #suspek #WhatsApp
;