Polis nafi insiden wanita diculik tiga lelaki di Sandakan

Bernama
April 23, 2017 23:32 MYT
Azhar (dua, kanan) berkata siasatan mendapati wanita berumur lingkungan 20-an itu sebenarnya bertindak mengikut rakan-rakan lelakinya. - Gambar fail
Polis Sandakan hari ini menafikan kejadian seorang wanita diculik tiga lelaki di Taman Megah Batu di sini, yang ditularkan menerusi WhatsApp semalam.
Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Azhar Hamin berkata siasatan mendapati wanita berumur lingkungan 20-an itu sebenarnya bertindak mengikut rakan-rakan lelakinya setelah menghadapi masalah rumahtangga dengan suaminya.
"Polis telah mengambil keterangan semua yang terlibat dan mangsa mengaku menghadapi masalah rumahtangga dengan suami," katanya di sini. -- BERNAMA
#culik #masalah rumahtangga #polis #Sandakan #wanita #WhatsApp
;