SEREMBAN: Polis menafikan dakwaan seorang individu yang memuat naik hantaran di Facebook bahawa tiada tindakan diambil terhadap anak lelaki kepada ahli politik di Port Dickson yang disyaki terbabit dalam kesalahan jenayah kira-kira lapan tahun lepas.
Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata dakwaan individu tersebut adalah merujuk kepada satu laporan polis oleh seorang lelaki berusia 31 tahun yang mendakwa dirinya disamun oleh sekumpulan lelaki di sebuah pondok, Pantai Seaview Port Dickson pada 13 April 2013.
Beliau berkata, susulan laporan itu pihak polis telah bertindak menahan tujuh lelaki berumur lingkungan 18 hingga 21 tahun yang seorang daripadanya adalah anak kepada ahli politik.
"Pihak polis telah merujuk kertas siasatan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya Negeri Sembilan dan tiada keterangan yang cukup untuk dibuat pertuduhan terhadap tangkapan tersebut. Jadi, polis menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tiada tindakan diambil terhadap laporan itu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Aidi Sham berkata orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang penyebaran berita tidak benar atau sebarang hantaran di media sosial yang boleh mengelirukan awam.
Katanya tindakan tegas akan diambil di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.
Terdahulu pemilik akaun Facebook, Che'GuBard Original memuat naik hantaran bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) wajib bertindak, susulan wujud laporan polis ke atas anak kepada ahli politik itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 06 2021

Aidi Sham berkata orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang penyebaran berita tidak benar atau sebarang hantaran di media sosial yang boleh mengelirukan awam. - Gambar fail
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kilang e-waste lebur peluru proksi warga China
Seramai empat individu termasuk seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan berkaitan penemuan kira-kira 50 tan peluru dan kelongsong dalam serbuan di kilang e-waste haram.

PDRM terima 482 laporan sindiket "job scam" libatkan 628 rakyat Malaysia
Dripada jumlah itu, 14 daripada 15 mangsa dari Sabah berjaya diselamatkan manakala seorang lagi masih terkandas di luar negara.

1,404 polis dikenakan hukuman tatatertib tahun lepas
Sebanyak 1,404 anggota polis dikenakan hukuman tatatertib sepanjang tahun lepas, kata Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad.

Ambil tahu aduan didedahkan Edisi Siasat, elak persepsi - JIPS
Pemerhatian terhadap saluran itu mendapati banyak tuduhan dibuat adalah tidak berasas dan telah membina persepsi tidak baik masyarakat terhadap warga polis.

Hejira Travel masih disiasat, polis nafi tidak bertindak
Sebanyak 141 laporan polis telah diterima sehingga 7 Februari 2025, membabitkan kerugian RM3,015,412.

192,857 individu salah guna dadah tahun lepas - Saifuddin Nasution
Isu penyalahgunaan dadah di negara ini semakin membimbangkan dengan trend menaik setiap tahun sejak 2022, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Polis rampas dadah dalam bungkusan teh Cina berjumlah RM23.67 juta
PDRM menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah jenis syabu dan ketamin yang menjadikan negara ini sebagai transit.

Polis tidak tahan Pengarah Eksekutif Suaram, hanya rekod percakapan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan menahan Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Sevan Doraisamy hari ini, seperti yang dilaporkan menerusi beberapa portal berita.

PDRM umum pertukaran 36 pegawai kanan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran 36 pegawai kanannya berkuat kuasa 10 Mac.