Polis nafi dakwaan kes culik kanak-kanak di Muar
Bernama
Oktober 29, 2016 21:37 MYT
Oktober 29, 2016 21:37 MYT
Pihak polis menafikan wujud cubaan menculik seorang kanak-kanak di Seri Tanjung, Bakri, dekat Muar, yang menjadi viral di laman sosial dan aplikasi WhatsApp sejak semalam.
Ketua Polis Daerah Muar, ACP Azman Ayob berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian tersebut.
"Ia hanya berita palsu dan tiada berlaku cubaan culik," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Justeru, beliau meminta orang ramai agar menghentikan penyebaran berita viral itu, sebaliknya, memeriksa kesahihan sesebuah maklumat dengan pihak polis terlebih dahulu.
Semalam, tersebar viral di laman sosial dan aplikasi WhatsApps bahawa seorang datuk berjaya menyelamatkan cubaan culik cucunya di hadapan rumahnya. -- BERNAMA