Polis nafi ancaman bom di Bank Negara Malaysia - Ketua Polis KL

Astro Awani
September 20, 2023 18:25 MYT
Menurut Allaudeen, pihaknya kini menyiasat individu bertanggungjawab menghantar emel itu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur menafikan satu ancaman bom berlaku di Bank Negara Malaysia (BNM) pada Rabu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, ancaman bom itu diterima kakitangan BNM menerusi emel sekitar jam 3 petang.
“Kakitangan itu kemudian membuat laporan polis dan sepasukan unit pemusnah bom dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Selepas membuat pembersihan dan pemeriksaan, kita dapati ia adalah palsu serta tiada ancaman bom seperti dilaporkan,” katanya kepada Astro AWANI, di sini, hari ini.
Katanya, pihaknya kini menyiasat individu bertanggungjawab menghantar emel itu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan
#Bank Negara Malaysia #ancaman bom #Allaudeen Abdul Majid #Sasana Kijang
;