Polis nafi anak tiri CEO Cradle Fund ditahan

Harits Asyraf Hasnan
September 6, 2018 11:51 MYT
Datuk Mazlan Mansor pada masa sama turut menafikan maklumat tular di media sosial kononnya dua anak tiri mangsa turut ditahan polis. - Foto Fail BERNAMA
Tiada tangkapan baharu dilakukan polis susulan kes kematian Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd, Nazrin Hassan pada 14 Jun lalu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor pada masa sama turut menafikan maklumat tular di media sosial kononnya dua anak tiri Nazrin turut ditahan polis.
"Tiada tangkapan baharu. Beberapa hari lepas itu hanya dua orang sahaja .
"Berita yang tersebar dan tular itu adalah tidak betul," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.
Beliau yang enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut.
BACA: Kronologi kes kematian CEO Cradle Fund Nazrin Hassan
#anak tiri #Datuk Mazlan Mansor #kematian Cradle Fund #kes bunuh #Ketua Polis Selangor #Nazrin Hassan
;