Polis mohon orang awam kesan waris K.Annamalai
Bernama
September 8, 2023 21:10 MYT
September 8, 2023 21:10 MYT
KUALA LUMPUR: Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPK KL) memohon orang awam untuk mengesan waris kepada K. Annamalai dalam urusan menuntut mayatnya di Unit Forensik, Pusat Perubatan Universiti Malaya.
IPK KL dalam kenyataan hari ini memaklumkan mayat berkenaan ditemui pada 12.45 tengah malam di kaki lima berhampiran surau Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Bangsar, di sini, Ahad lepas.
Menurut kenyataan itu, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
"Polis memohon kerjasama orang awam untuk tampil memberikan maklumat dalam mengesan waris Annamalai yang beralamat terakhir di JKR 3887, Jalan Sultan Sallahuddin Shah, Kuala Lumpur.
"Orang awam yang mempunyai maklumat mengenainya diminta menghubungi Sarjan Mohd Saufi Kamarudin di Balai Polis Pantai dengan menelefon 013-3709882 atau 03-22822222 dan Hotline Polis Kuala Lumpur 03-21159999 atau balai polis yang berhampiran," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA