Polis mohon bantuan kesan wanita Indonesia yang hilang sejak Selasa

Bernama
Oktober 10, 2024 21:30 MYT
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang wanita warga Indonesia yang dilaporkan hilang sejak Selasa lepas di Lurah Bilut, Bentong.
KUANTAN: Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang wanita warga Indonesia yang dilaporkan hilang sejak Selasa lepas di Lurah Bilut, Bentong.
Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan Henik Winarti, 45, pada 5.08 petang semalam.
Beliau berkata wanita itu berkulit sawo matang, mempunyai ketinggian dianggarkan 155 sentimeter dan kali terakhir dilihat berpakaian kemeja T berwarna biru dan berseluar sukan kelabu.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu tersebut diminta tampil ke balai polis berdekatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi pusat kawalan daerah lbu Pejabat Polis Daerah Bentong di talian 09-2222222.
-- BERNAMA
#wanita Indonesia hilang #lurah bilut #Polis Daerah Bentong #Henik Winarti
;