Polis mohon bantuan kesan remaja 14 tahun hilang sejak 25 Mei lalu

Afiezy Azaman
Ogos 6, 2024 03:20 MYT
Remaja itu berketinggian 155 sentimeter dengan berat kira-kira 42 kilogram dan berkulit warna kuning susu. - Foto PDRM
KUALA LUMPUR: Polis meminta bantuan awam untuk mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang dari kediamannya di Dataran Prima Condominium, Petaling Jaya, sejak 25 Mei lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar, kehilangan Lin Yu Cheng dilaporkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pada jam 3.04 petang Isnin oleh keluarganya.
"Remaja itu berketinggian 155 sentimeter dengan berat kira-kira 42 kilogram dan berkulit warna kuning susu.
"Yu Cheng berambut hitam dan berbibir nipis," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Shahrulnizam berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan mangsa diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Bilik Gerakan IPD Petaling Jaya di talian 03-79662222
#Remaja perempuan #hilang #Shahrulnizam Ja'afar #Lin Yu Cheng