Polis mohon bantuan kesan Mohd Rizal

Bernama
Julai 29, 2024 15:35 MYT
Polis Kontinjen Kuala Lumpur dalam kenyataan hari ini memaklumkan Mohd Rizal Mustafa kali terakhir dilihat di rumahnya di Taman Castlefield.
KUALA LUMPUR: Polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang lelaki berusia 41 tahun yang tidak pulang ke rumah sejak 25 Jun lepas.
Polis Kontinjen Kuala Lumpur dalam kenyataan hari ini memaklumkan Mohd Rizal Mustafa kali terakhir dilihat di rumahnya di Taman Castlefield, di sini.
Menurut kenyataan berkenaan, bapa lelaki itu membuat laporan polis pada 27 Jun selepas mendapati anaknya tidak pulang ke rumah.
"Mohd Rizal berketinggian 168 sentimeter dan seberat 63 kilogram, berbadan kurustinggi, berambut hitam dan pendek serta tidak memakai cermin mata," menurut kenyataan itu.
Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi balai polis berhampiran atau Sarjan Rezan Ramli menerusi talian 011-7113 0428, Balai Polis Salak Selatan Baru 03-7981 5053 dan Hotline Polis Kuala Lumpur 03-2115 9999.
-- BERNAMA
#polis #mohon bantuan #Mohd Rizal Mustafa #Taman Castlefield