Polis mohon bantu kesan Nur Aleeyah Qistina

Bernama
Disember 24, 2024 17:11 MYT
Nur Aleeyah Qistina (foto) kali terakhir dilihat di Apartment Bangi Idaman, Bandar Baru Bangi, Selangor, dan dilaporkan hilang pada 2.20 petang Ahad lepas. -Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun, Nur Aleeyah Qistina Mohammad Adzham yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lepas.

Ringkasan AI
  • Polis memohon bantuan orang ramai mengesan Nur Aleeyah Qistina Mohammad Adzham, 13, yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lepas.
  • Nur Aleeyah Qistina kali terakhir dilihat di Apartment Bangi Idaman, Bandar Baru Bangi, Selangor, dan dilaporkan hilang pada 2.20 petang Ahad lepas.
  • Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang atau penolong pegawai penyiasat Sjn Mohd Khairul Hafiz Abd Ghani.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan kali terakhir Nur Aleeyah Qistina dilihat adalah pada petang Sabtu di kawasan blok A-2-2 Apartment Bangi Idaman, Seksyen 5C/5 Bandar Baru Bangi, Selangor.
Beliau berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kehilangan Nur Aleeyah Qistina pada 2.20 petang Ahad lepas.
Nur Aleeyah Qistina berketinggian kira-kira 155 sentimeter, berbadan gempal dan berambut panjang serta memakai kemeja-T warna coklat ketika kali terakhir dilihat.
Orang ramai yang mempunyai maklumat dimohon tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang menerusi talian 03-8911 4222, atau penolong pegawai penyiasat Sjn Mohd Khairul Hafiz Abd Ghani di talian 018-4027665.
-- BERNAMA
#Nur Aleeyah Qistina Mohammad Adzham #remaja dilapor hilang #Apartment Bangi Idaman #bantuan orang ramai
;