Polis minta saksi kemalangan maut di Jalan Kuala Selangor tampil bantu siasatan

Fareez Azman
April 10, 2022 16:56 MYT
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid dalam kenyataan pada Ahad berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira 3 April lalu di Jalan Kuala Selangor menghala ke Kepong. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis meminta saksi kejadian kemalangan maut membabitkan seorang penunggang motosikal di Jalan Kuala Selangor menghala Kepong pada 3 April lalu untuk tampil membantu siasatan.
Demikian jelas Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid dalam kenyataan media pada Ahad.
Jelasnya, kejadian tersebut berlaku kira-kira 3 April lalu di Jalan Kuala Selangor menghala ke Kepong berhampiran Decathlon.
“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku pada 3 April jam 6.00 pagi.
“Mangsa seorang lelaki warganegara tempatan berumur 38 tahun dipercayai terbabas dan jatuh di atas jalan raya.
“Mangsa yang dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan,” jelasnya.
Justeru itu, katanya orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berkaitan kemalangan terbabit diminta membantu siasatan.
#kemalangan maut #Jalan Kuala Selangor #kepong #Polis Daerah Petaling Jaya #decathlon
;