Polis minta bantuan orang ramai kesan Siti Nur Balqis

Aida Aziz
Januari 31, 2024 08:15 MYT
PDRM meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun, Siti Nur Balqis Muhafuddin yang diklasifikasikan sebagai orang hilang.
GERIK: Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang diklasifikasikan sebagai orang hilang.
Polis Daerah Gerik dalam satu kenyataan berkata, remaja berkenaan dikenali sebagai Siti Nur Balqis Muhafuddin yang berbangsa Melayu dan mempunyai warna kulit kuning langsat.
Katanya lagi, orang hilang itu juga mempunyai bentuk tubuh sederhana dan beralamat di Lot 2877 Jalan Air Ganda, Kampung Air Panas, Gerik.
"Kepada sesiapa yang menjumpai atau mempunyai maklumat berhubung individu tersebut boleh menyalurkannya kepada Pegawai Penyiasat Kes, Sjn Mohd Suwadi Mohd di talian 016- 8804375.
"Selain itu boleh hubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Gerik di talian 05-7912222 atau tampil di mana-mana balai polis berdekatan," ujar kenyataan itu malam tadi.
#remaja perempuan hilang #Siti Nur Balqis Muhafuddin #polis #orang hilang
;